• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Nak Jadi? Perkhidmatan LRT Tergendala Lagi

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKALI lagi, perkhidmatan LRT RapidKL mengecewakan penggunanya apabila laluan yang sama sebelum ini mengalami masalah teknikal berulang kembali dalam tempoh kurang daripada seminggu.

Perkhidmatan LRT dan monorel laluan Kelana Jaya pada Rabu lalu tergendala kerana gangguan pada sistem isyarat dan komunikasi di antara stesen Ampang Park dan Dang Wangi sehinggakan beberapa stesen di pusat bandar raya terpaksa ditutup.

Susulan itu, penumpang yang baharu memulakan aktiviti mereka sama ada untuk urusan bekerja atau belajar serta beberapa perkara lain terpaksa berdepan dengan kelewatan.

Rapid Rail Sdn. Bhd. kemudiannya tampil memohon maaf dengan kejadian itu dengan menyediakan bas bagi mengangkut penumpang yang terkandas dari stesen Sri Rampai ke pusat bandar dan ke beberapa destinasi di KLCC.

Namun, dua hari kemudiannya (Jumaat) berlaku sekali lagi gangguan perkhidmatan LRT RapidKL bagi laluan Kelana Jaya yang disebabkan oleh masalah teknikal.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 pagi itu dikatakan menyebabkan penumpang terpaksa keluar dari tren dan berjalan di atas platform tepi landasan untuk sampai ke perhentian yang terdekat.

Insiden kali ini tidak terlalu lama kerana satu jam kemudian, perkhidmatan tren kembali seperti biasa namun, masih ramai penumpang yang terkandas di beberapa perhentian sebelum ke destinasi masing-masing.

Di media sosial, penumpang yang dipercayai terkandas di tengah-tengah laluan tren memuat video dan gambar menunjukkan mereka berjalan di atas platform dalam keadaan basah akibat hujan.

Apa Nak Jadi? Perkhidmatan LRT Tergendala Lagi

Netizen turut berkongsi pendapat mereka mengenai kejadian ini serta mahukan Rapid Rail Sdn. Bhd. menyediakan pelan sokongan selain memberikan tambang percuma kepada penumpang yang menjadi mangsa dan bukan hanya menebus kembali tiket yang telah dibeli.

Ada juga netizen yang berpendapat, kejadian tren tergendala ini sering berlaku apabila kebetulan berlaku hujan dan tambang harga yang dikenakan tidak setanding dengan perkhidmatan.

Mungkin sudah tiba masanya pihak pengurusan Rapid Rail Sdn. Bhd. meneliti kembali sistem pengangkutan mereka bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang kembali.

Perkhidmatan tren ini sudah menjadi antara pengangkutan utama rakyat di ibu negara bagi menghindarkan kesesakan lalu lintas, namun lain jadinya apabila pengguna masih merasai ‘kesesakan’ walaupun menggunakan perkhidmatan ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: LRTpenumpangRapid KL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

Stesen 3 Laluan Rapid KL Ditutup Sementara Atas Faktor Keselamatan Petang Ini

26/10/2025
0

Kuala Lumpur: Beberapa stesen Rapid KL ditutup sementara hari ini antara jam 4 hingga 6 petang atas faktor keselamatan sempena...

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd