• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkara Khianat, 6 Kenderaan Terbakar Di Jinjang

oleh AK-47
20/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan kejadian kebakaran membabitkan enam kenderaan di Taman Putra Jinjang, Kepong, awal pagi tadi disebabkan perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, kejadian kira-kira jam 4 pagi  itu membabitkan enam buah kereta yang diparkir di Flat  Taman Aman Putra, Blok B, Jinjang Utara.

Menurutnya, kebakaran dipercayai berpunca daripada kereta jenis Perodua Myvi sebelum merebak kepada kenderaan lain yang diletak bersebelahan termasuk beberapa buah motosikal.

Angkara Khianat, Enam Kenderaan Terbakar

“Dua kereta terbakar 100 peratus, manakala empat lagi masing-masing terbakar 10 dan 20 peratus.

“Siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang botol atau bekas kebakaran, namun sisa kebakaran diambil untuk dihantar ke jabatan kimia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Munusamy berkata, tiada kawalan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan pengawal keselamatan di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan

Sementara itu, penduduk setempat turut kesal dengan kejadian tersebut kerana berpunca daripada individu akibat pertelingkahan dan pergaduhan hingga menyebabkan kenderaan penduduk lain terbakar.

Dia yang mahu dikenali sebagai Ramlee berkata, penduduk setempat perlulah berbincang sekiranya ada masalah dan bersama menjaga kawasan tempat tinggal supaya selamat untuk anak-anak dan keluarga.-MYNEWSHUB.CC

Tags: kebakarankhianatpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Bangsawan Pengedar Pada Selebriti Ditembak Mati

Next Post

Berhati-Hati Dengan Apa Yang Anda ‘Pos’ Di Media Sosial

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Berhati-Hati Dengan Apa Yang Anda 'Pos' Di Media Sosial

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd