• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota PPBM Batu Loncatan Capai Kepentingan Peribadi

oleh AK-47
17/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Orang ramai yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu sedar bahawa mereka akan hanya dijadikan batu loncatan diguna untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tidak dapat dinafikan matlamat PPBM adalah untuk kepentingan peribadi dan bukan membela nasib rakyat.

“Perjuangan PPBM ini hanya untuk mengaibkan perdana menteri; memastikan beliau (Najib) turun daripada jawatan… Kalau Najib turun sebagai Presiden UMNO, adakah PPBM akan terkubur?

“Kalau begitu Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin kena berterus terang dengan mereka yang sedang giat diminta untuk menjadi ahli.

“Saya rasa mereka kena berterus-terang bahawa perjuangan mereka hanyalah perjuangan peribadi untuk melihat Najib diturunkan, tidak kurang dan tidak lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Larut di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin baru-baru ini yang bersetuju untuk meletakkan agenda pembebasan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara untuk bersama dalam pakatan pembangkang.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Strategik dan Komunikasi Barisan Nasional menarik perhatian apabila berkata mereka yang menjadi ahli PPBM akan terbiar begitu sahaja selepas matlamat jahat parti itu untuk menjatuhkan Najib tercapai.

Selain itu, Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata walaupun pelbagai taktik jahat diguna untuk menjatuhkan Najib, namun anggota UMNO di semua peringkat tidak sedikitpun terpedaya.

Sebaliknya, anggota UMNO terus mengiktiraf Najib sebagai perdana menteri yang mempunyai visi serta misi jangka panjang untuk memajukan negara.

“Kita bukan hanya ada perdana menteri yang duduk di pejabat tapi yang sering memikirkan strategi untuk majukan negara dari segi ekonomi dan politik.

“Saya rasa orang dah jemu dengan taktik yang digunakan Dr Mahathir dan Muhyiddin,” katanya. – BERNAMA

Tags: PPBMRahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dunia YB Bagi MP Muda Datuk Seri Dr. Irmohizam

Next Post

Pembangkang Tidak Percaya Pada Sistem Demokrasi Negara

Related Posts

PRU15: Rahman Dahlan Antara 5 Nama BN Kota Belud

PRU15: Rahman Dahlan Antara 5 Nama BN Kota Belud

14/10/2022
0

KOTA KINABALU : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan namanya adalah antara lima calon yang...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Next Post

Pembangkang Tidak Percaya Pada Sistem Demokrasi Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd