• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alasan Pelik Sinar Harian ‘Buang’ Kolumnis Ridhuan Tee

oleh
21/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Akhbar Sinar Harian yang selama ini sering ‘mendabik dada’ sebagai berkecuali dan konon tidak memihak kepada mana-mana pihak siasah tiba-tiba mencetuskan kontroversi.

Ia susulan kolum mingguan hasil tulisan penceramah bebas terkenal Malaysia, Profesor Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, dihenti tanpa sebarang pemberitahuan awal kepada pembacanya yang turut terpinga-pinga kehairanan.

Lazimnya jika seseorang kolumnis berhasrat tidak lagi meneruskan penulisan, dia akan memaklumkan kepada pembaca dalam artikel terakhir sebagai mana dilakukan akhbar-akhbar terkenal di seluruh dunia waima di Israel.

Namun Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali memberitahu laman propembangkang ternama, Malaysiakini kononnya penamatan Ridhuan bukan kerana desakan oleh mana-mana parti politik.

“Tak ada kaitan dengan desakan MCA, UMNO atau apa-apa. Yang tak boleh drop (buang) hanya saya punya kolum saja,” guraunya sambil ketawa ketika ditemui portal itu pada forum berkaitan kebebasan media di sini semalam.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Abdul Jalil memberitahu Malaysiakini bahawa pendakwah kontroversi itu, yang juga mesra dipanggil sebagai Ustaz Ridhuan, sebenarnya sudah tiga tahun menjadi kolumnis di akhbar tersebut.

Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2013 dengan nama asalnya ialah Tee Chuan Seng itu dikatakan telah berjaya menulis di Sinar Harian untuk tempoh yang paling lama dalam kalangan ramai kolumnis lain sendiri.

Justeru, Abdul Jalil memberi dalih pembuangan bekas aktivis Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) itu sebagai mahu memberi peluang kepada pelbagai individu lain pula untuk menjadi kolumnis di Sinar Harian.

Malah ujar beliau, perkara yang sama turut pernah berlaku kepada kolumnis lain sebelum ini seperti bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) propembangkang, Dr. Abdul Aziz Bari.

“Dia tak kena drop, tapi tiap-tiap kolumnis itu ada tempoh dia. Saya ingat Riduan yang paling lama. Dia sampai tiga tahun. Yang lain-lain itu ada dua tahun setengah dan kita beri juga (ruang itu) pada orang lain,” kata Abdul Jalil.

Alasan Pelik Sinar Harian 'Buang' Kolumnis Ridhuan Tee

Ridhuan, yang mengajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), pada Mac lalu mendakwa dalam Sinar Harian bahawa beliau pernah disekat daripada memasuki Singapura, dan juga mendakwa dilayan seperti ‘pengganas’.

“Sampai di Imigresen Woodlands, saya diminta turun. Pemeriksaan ketat pun dilakukan. Saya dilayan macam seorang pengganas. Gambar dan cap jari saya diambil. Setelah lebih dua jam bersoal jawab, datang pula satu surat.

“Ia mengatakan, saya tidak dibenarkan masuk ke sana,” kata beliau dalam tulisan artikel menerusi akhbar tersebut  bertajuk ‘Kenali musuh Islam sebenar’ yang mendapat liputan luas media di Singapura susulan insiden aneh itu.

Beliau malahan mendakwa langkah republik tersebut merupakan hasil ‘pakatan’ antara golongan ‘ultra kiasu’ di Malaysia dan Singapura, sambil menambah bahawa beliau “tidak rugi satu sen pun tidak dapat ke Singapura.”

Portal berita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMAweb) sementara itu mendakwa pihaknya dimaklumkan Ridhuan tidak lagi dibenarkan menulis artikel dalam Sinar Harian kerana dilarang pihak atasan universiti tempat beliau mengajar.

ISMAweb juga mendakwa bahawa, Ridhuan turut dilarang menulis dalam sebarang akhbar atau portal berita dan juga tidak dibenarkan memberi sebarang komen kepada pihak media waima yang bertaraf prokerajaan sendiri.

Ridhuan pada Mei lalu mengumumkan membuat keputusan nekad untuk keluar daripada MCA, salah satu parti komponen Barisan Nasional sebagai membantah tindakan parti itu yang terus-menerus menentang hukum hudud.

Menurut Malaysiakini, ISMAweb membuat spekulasi Ridhuan ‘diharamkan’ menulis setelah mempersoal mengenai semangat kemerdekaan dan patriotisme para atlit Malaysia yang dikatakan lebih banyak ‘kejar wang dan ganjaran’.

Portal aliran Islam tersebut seterusnya mendakwa konon ada semacam ‘tangan-tangan ghaib’ dan ‘usaha jahat’ yang memberi tekanan kepada pihak pengurusan atasan di Unisza sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ridhuan Tee
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagu Raya Sekarang Macam ‘Gampang’, Macam Tak Raya – Ridhuan Tee

Lagu Raya Sekarang Macam ‘Gampang’, Macam Tak Raya – Ridhuan Tee

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Pendakwah, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan lagu raya yang dihasilkan pada zaman sekarang...

DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee

06/08/2017
0

Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi. Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd