• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AELB Perbaharu Lesen Peringkat Operasi Penuh Bagi Loji Lynas

oleh Ahmad Albab
02/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) memperbaharu Lesen Peringkat Operasi Penuh (FOSL) kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) bagi tempoh tiga tahun sehingga September 2019.

Dalam kenyataan Lynas Corporation Ltd, pembaharuan lesen itu disusuli kajian ketat yang dilaksanakan AELB dan badan kawal selia bebas lain di Malaysia.

Pihak berkenaan memutuskan LAMP, terletak di Gebeng, Kuantan, mematuhi peraturan berkaitan.

“Kami gembira lesen kami telah diperbaharu sekaligus menunjukkan operasi LAMP selama empat tahun ini adalah selamat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Amanda Lacaze.

Beliau berkata Lynas mempunyai data operasi selama empat tahun yang menunjukkan tiada peningkatan paras radiasi pada jarak satu kilometer (km), 10 km atau 20 km dari loji tersebut.

“Tiada kesan buruk ke atas penempatan berhampiran Kuantan atau perkampungan sekitarnya manakala semua buangan air dinilai selamat pada setiap masa untuk masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata paling penting, Lynas terus menyediakan bacaan operasi masa sebenar dalam talian secara langsung kepada pihak berkuasa berkenaan, yang turut boleh diakses oleh orang awam melalui laman sesawang AELB dan Jabatan Alam Sekitar.

“Kami mempunyai bukti jelas dan pensijilan dari badan bebas bahawa operasi serta pengeluaran kami adalah selamat.

“Lynas komited untuk terus menjadi penyumbang bernilai kepada masyarakat setempat Kuantan serta amnya Malaysia. Pembaharuan FOSL bagi tempoh tiga tahun lagi adalah asas penting kepada komitmen kami,” kata Lacaze.

Dalam laporan berita pada Julai, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dakwaan berlakunya pencemaran dan penduduk menghidapi kanser oleh penunjuk perasaan anti-Lynas adalah tidak munasabah memandangkan loji Lynas di Gebeng, Kuantan telah beroperasi selama tiga tahun tanpa sebarang masalah.

LAMP merupakan antara loji pengasingan nadir bumi terbesar dan termoden di dunia.

Ia direka untuk memproses nadir bumi yang dlombong di Mt Weld dari Australia dan mengeluarkan produk Oksida Nadir Bumi (REO) sebelum dijual kepada pelanggan di pelbagai lokasi, termasuk Jepun, Eropah, China dan Amerika Utara.

Loji itu mula beroperasi pada akhir 2012. – BERNAMA

Tags: LesenLynas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

‘Keadilan Mesti Ditegakkan, Anthony Loke, Do Something!’

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukuplah!” Itu luahan tegas Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berhubung kemalangan maut membabitkan pemandu...

Dulu Anwar Janji Nak Tutup Lynas – Zaid Ibrahim

Dulu Anwar Janji Nak Tutup Lynas – Zaid Ibrahim

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan pendirian kerajaan berhubung operasi loji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd