• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aduan Pengguna: Serpihan Kaca Dalam Ice Blended McD?

oleh AK-47
15/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pelanggan McDonald’s mendakwa adik perempuannya mengalami kecederaan di bahagian tekak akibat tertelan serpihan kaca selepas meminum ‘ice blended‘ di restoran makanan segera itu, Isnin lalu.

Gambar penemuan serpihan itu dimuat naik oleh abangnya, Syamil, menerusi laman Twitter yang mana telah menerima  22,000 perkongsian dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

“Lepas ni berhati-hati guys. Pergi McDonald’s korang tengok ada tak benda ni, semalam adik aku dah kena. Habis berdarah trakea adik aku guys 😢,” tulisnya.

Aduan Pengguna: Serpihan Kaca Dalam Ice Blended Mcd?

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, di McDonald’s cawangan Pengkalan Station 18 itu, mangsa, Nur Jannahtul Sazali, 12, pada mulanya menikmati makan malamnya bersama keluarganya di restoran itu.

Namun dia hanya menyedari airnya mengandungi serpihan kaca tersebut selepas merasakan tekaknya terasa sakit.

Difahamkan, keluarga mangsa telah membuat aduan mengenai perkara itu kepada pihak restoran. Namun respons yang diberikan tidak begitu memuaskan hati mereka.

“Mereka (pihak McDonald’s) kata, biasalah manusia pernah membuat kesilapan,” kata Syamil di laman Twitternya.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Menurut Syamil, doktor telah mengesahkan bahawa trakea adiknya cedera dan berdarah serta serpihan kaca bercampur plastik itu telah masuk ke dalam usus adiknya.

Ekoran kejadian itu, keluarga mangsa pada Rabu telah membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh pada pukul 10.13 pagi, dan dia turut memuat naik gambar bukti surat doktor bagi mengukuhkan dakwaannya itu.

Aduan Pengguna: Serpihan Kaca Dalam Ice Blended Mcd?

Aduan Pengguna: Serpihan Kaca Dalam Ice Blended Mcd?

Menurut Syamil, keluarganya mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran tersebut.

Sementara itu, pihak McDonald’s Malaysia menerusi laman Facebook memaklumkan bahawa mereka sedang berusaha menghubungi Syamil bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes berkenaan.

Aduan Pengguna: Serpihan Kaca Dalam Ice Blended Mcd?

“Pihak kami sedang menjalankan siasatan ke atas dakwaan yang dibuat dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Semestinya keselamatan dan kesejahteraan pelanggan adalah keutamaan kami dan kami mohon pertimbangan semua pihak tatkala kami berusaha untuk menyiasat perkara ini,” kata kenyataan yang dimuat naik pada malam Selasa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: aduan penggunamakanan segeraMcDonaldstatus twitter
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Caj Sos Cili, Pekerja Restoran Makanan Segera Tampil Beri Keterangan

27/09/2023
0

MELAKA: Pekerja sebuah restoran makanan segera di Ayer Keroh yang terkait dengan insiden sos cili paket dikenakan caj RM10.60, hadir...

McD Malaysia Bayar Zakat Hampir RM7 Juta Sejak 2017

17/11/2021
0

McDonald's Malaysia telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM6.5 juta sejak lima tahun lepas, kata Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd