• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Warga Asing Ditahan Di Johor – JPN

oleh Ahmad Albab
30/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tujuh warga asing – lima dari selatan Filipina dan dua Indonesia – ditahan dalam operasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) awal hari ini di Masai, Johor kerana disyaki menggunakan kad pengenalan palsu dan memiliki kad pengenalan orang lain.

Lima lelaki dan dua wanita berkenaan berumur antara 19 dan 55 tahun itu ditahan dalam operasi di Flat Geharu, Taman Rinting dan Jalan Kampung Mesjid, Masai bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi hari ini.

Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramli dalam kenyataan hari ini berkata empat daripada mereka disyaki menggunakan kad pengenalan palsu manakala selebihnya menggunakan kad pengenalan milik orang lain.

“Siasatan lanjut mendedahkan bahawa kesemua kad pengenalan yang digunakan telah dibeli dari ejen di Sandakan dan Kota Kinabalu dengan harga antara RM300 hingga RM1,500 untuk setiap kad pengenalan,” katanya.

Mohd Yazid berkata kesemua yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“JPN akan terus melakukan operasi pemeriksaan dokumen ke atas lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti sebagai penempatan warga asing yang menyalahgunakan serta memalsukan dokumen JPN terutamanya kad pengenalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPNwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd