• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Ibu Dijangkiti Zika Lahirkan Anak Normal Di Thailand

oleh AK-47
13/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ENAM daripada 30 wanita hamil atau hanya kira-kira 20 peratus yang disahkan sebagai dijangkiti virus Zika di Thailand; selamat melahirkan bayi masing-masing tanpa sebarang kecacatan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Awam Thailand. Bagaimanapun nasib 24 orang lagi wanita hamil yang dijangkiti virus tersebut tidak pula didedahkan kepada umum.

Sementara itu, Thailand juga mengesahkan 21 kes baharu jangkitan Zika dilaporkan berlaku di Bangkok termasuk seorang ibu hamil yang melahirkan anak tanpa sebarang komplikasi.

Manakala, penduduk negara itu juga dinasihati tidak khuatir berikutan Sathorn, lokasi tumpuan ramai pegawai warga asing dan daerah perniagaan; apabila ia diserang penyakit bawaan nyamuk tersebut.

“Daripada 21 kes yang disahkan di Sathorn, terdapat seorang wanita hamil yang pulih dan melahirkan anaknya dengan sihat.

“Ibu dan bayi itu kini selamat,” kata jurucakap kementerian Suwannachai Wattanayingcharoencha.

Tambahnya, suami kepada wanita berkenaan dilaporkan baru pulang dari Singapura.

Agensi berita Reuter menerusi laporannya mendakwa Thailand cuba memperkecilkan risiko kesihatan bawaan nyamuk itu kerana bimbang ia boleh menjejaskan teruk jumlah kedatangan pelancong asing.

Maklumat terbaharu jangkitan Zika di negara itu juga tidak dikemas kini sejak hujung bulan lalu, selepas Singapura merekodkan peningkatan jumlah jangkitan tempatan sehingga 333 kes setakat semalam.

“Maklumat mengenai Zika agak sensitif kerana jika kami namakan wilayah yang mengalami jangkitan, nanti perhatian akan diberikan kepada wilayah tersebut, dan jika wilayah itu popular dengan pelancong, ia akan menjejaskan pelancongan,” kata pakar wabak kementerian, Anuttarasakdi Ratchatatat.

Kementerian kesihatan Thailand dalam satu kenyataannya pula berkata, rakyat di negara itu tidak perlu gusar kerana virus itu tidak menyebabkan kematian atau berjangkit — walau virus itu boleh disebarkan melalui seks.

Bagaimanapun, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDPC) memberi amaran Zika makin menular di Thailand. – MYNEWSHUB.CC

Tags: virus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1 Bilion Manusia Berisiko Dijangkiti Zika Pada 2080

07/04/2019
0

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun 2080. Menurut kajian itu lagi, pemanasan global...

Johor Akan Terus Pantau Situasi Zika Di Singapura

12/06/2017
0

JOHOR BAHRU - Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru (PKDJB) sedang memantau perkembangan kes virus Zika di Singapura susulan dua kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd