• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5,000 Jemaah Sertai Solat Jenazah Ghaib Dr. Haron

oleh Ahmad Albab
17/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suasana sedih menyelubungi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini apabila kira-kira 5,000 jemaah menyempurnakan solat jenazah ghaib untuk Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din.

Solat jenazah ghaib yang diadakan kira-kira pukul 9.25 pagi diimamkan sendiri cucu Allahyarham Haron, Hakeem Hamdi, 17, dan turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta exco kerajaan Selangor daripada PAS, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Turut hadir menunaikan solat jenazah ghaib berkenaan ialah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Strategik PAN, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Terdahulu, ketika imam besar masjid berkenaan, Muhammad Farhan Wijaya memanjatkan doa terhadap Allahyarham Haron sebelum solat dilangsungkan, rata-rata jemaah kelihatan sebak sehingga ada yang mengalirkan air mata.

Zaidy ketika ditemui menyifatkan Allahyarham sebagai seorang ulama yang amat mendalam ilmu agamanya terutama dalam rawatan Islam dan kehilangan tokoh berkenaan pastinya dirasai seluruh anggota PAS dan masyarakat Islam di negara ini.

“Beliau (Haron) pernah menyatakan sekiranya dirinya masih boleh berperanan dalam perjuangan Islam, beliau minta Allah panjangkan umurnya namun jika tugasnya (dalam perjuangan Islam) telah selesai, dia reda dengan pemergiannya.

“Kehilangan beliau amat dirasai kerana beliau merupakan pemimpin yang banyak beri panduan dan nasihat kepada PAS… patah tumbuh hilang berganti, namun bukan kepada ahli ulama ini,” katanya.

Bagi Jamal pula, walaupun berbeza fahaman politik, Allahyarham Haron dilihat sebagai seorang tokoh agama yang dikagumi atas segala ilmu baktinya kepada masyarakat dan kehilangan permata itu pastinya memberi kesan kepada negara.

“Walaupun beliau daripada PAS, namun saya amat mengagumi beliau yang sejak muda hingga ke akhir hayatnya, beliau seorang tokoh ulama yang menghambakan diri kepada masyarakat dan segala jasanya tidak dapat dinafikan,” katanya.

Allahyarham Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) semalam di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat pada 8.57 pagi tadi (waktu Malaysia).

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Haron DinSOLAT GHAIB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Malaysia Dijangkiti TB Dirawat Di Australia

Next Post

Fesyen Muslimah Tembusi Minggu Fesyen New York

Related Posts

Abu Hassan Din Dilarang Ceramah Agama Di Johor

02/05/2019
0

JOHOR BAHRU - Tokoh agamawan tanah air, Datuk Abu Hassan Din dilarang untuk menyampaikan sebarang ceramah agama di seluruh Johor...

Anugerah Khas Maal Hijrah Kepada Allahyarham Haron Din

02/10/2016
0

SERDANG - Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Anugerah Khas Maal Hijrah manakala bekas Ketua Hakim Negara...

Next Post

Fesyen Muslimah Tembusi Minggu Fesyen New York

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd