• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40,536 Kes Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Selesai – Noh

oleh Ahmad Albab
20/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 40,536 daripada 40,923 kes yang dirujuk ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) berjaya diselesaikan dari 1 Jan 2003 sehingga 31 Julai lepas.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata Tribunal Pengurusan Strata (TPS) pula berjaya menyelesaikan 794 daripada 1,687 kes dalam tempoh Julai 2015 sehingga Julai lepas.

Beliau berkata corak kesedaran pengguna untuk memfailkan kes didapati meningkat di mana sehingga Jun tahun ini, pemfailan kes perumahan yang direkodkan adalah sebanyak 1,111 kes, manakala pengurusan strata 1,152 kes.

“Ini menunjukkan semakin banyak isu dipertikaikan oleh pembeli rumah dan pemilik petak strata susulan daripada kesedaran yang semakin meningkat hasil daripada aktiviti promosi yang giat dijalankan kementerian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Kepada Presiden Tribunal baharu TTPR dan TPS di sini, hari ini.

Bidang kuasa TTPR, yang ditubuhkan pada 1 Dis 2002 sebagai alternatif untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan perumahan antara pembeli dan pemaju perumahan berlesen adalah mendengar nilai tuntutan tidak melebihi RM50,000.

TPS, yang ditubuhkan pada 1 Julai 2015, merupakan forum alternatif untuk mendengar dan menentukan apa-apa tuntutan dan pertikaian mengenai pengurusan dan penyelenggaraan bangunan berstrata tidak melebihi RM250,000.

Seramai lima Presiden Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dan tujuh Presiden Tribunal Pengurusan Strata dilantik hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 10 Presiden TTPR dan 22 Presiden TPS.

Noh berkata pelantikan baharu itu antaranya bagi memenuhi penambahan jumlah kes tuntutan dibuat di TPS, yang didengar di 12 Mahkamah Tribunal Pengurusan Strata di empat zon iaitu utara, tengah, selatan dan timur. – BERNAMA

Tags: beli rumahNoh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd