• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22 Individu Ditahan Polis Lahad Datu

oleh AK-47
01/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Polis Lahad Datu menahan 22 individu dipercayai terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah termasuk ragut, pecah rumah dan samun di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata kesemua mereka termasuk sembilan warga asing, ditahan dalam operasi yang diadakan sejak Februari hingga September ini.

“Hasil operasi sehingga Rabu lepas, mereka yang terdiri daripada 19 lelaki dan tiga wanita berumur antara 18 dan 43 tahun ditahan dan mereka bukan daripada satu sindiket,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hamzah berkata dengan tertangkapnya suspek berkenaan, polis dapat menyelesaikan 11 kes jenayah di daerah itu antaranya samun, pecah rumah dan curi, curi dalam bangunan serta ragut.

Selain itu, polis turut merampas motosikal, senapang angin, beg galas, komputer riba dan telefon bimbit daripada suspek.

Beliau berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama orang ramai dan polis akan terus memperhebatkan program kepolisan komuniti untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

Sementara itu, Hamzah berkata pihaknya turut menahan sepasang suami isteri dipercayai warga Filipina yang dipercayai mengedar dadah di sebuah rumah di Kampung Binuang di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, katanya, polis turut merampas dadah jenis Syabu seberat 51.43 gram dalam satu sampul surat di rumah suspek yang masing-masing berusia 30 dan 26 tahun.

“Anggaran nilai dadah yang dirampas adalah RM4,500 dan kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut,” katanya. -BERNAMA

Tags: samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd