• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 9 Cedera Dalam Dua Insiden Bom Di Selatan Thai

oleh AK-47
30/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI GOLOK – Wilayah bergolak selatan Thailand digegarkan dengan kejadian serangan bom dan tembakan hari ini yang mengakibatkan dua orang maut dan sembilan anggota keselamatan cedera.

Kejadian pertama berlaku di Sungai Golok, Narathiwat pada 11 pagi tadi (waktu tempatan) membabitkan tembakan terhadap anggota keselamatan, manakala insiden kedua melibatkan serangan bom terhadap sebuah stesen minyak di Pattani.

“Tiga anggota keselamatan yang sedang bertugas di hadapan sekolah di Lubuk Lesung, Sungai Golok diserang oleh 10 lelaki bersenjata menaiki lima motosikal yang melepaskan tembakan, menyebabkan seorang maut,” kata Ketua Pejabat Daerah Sungai Golok Preecha Nualnoi hari ini.

Tiga laras senapang AK-47 milik anggota keselamatan itu dilarikan oleh kumpulan penyerang itu dan pasukan penyiasat yang tiba di lokasi kejadian menemukan kira-kira 60 kelongsong peluru, katanya.

Pihak berkuasa, menurut Preecha masih menyiasat motif serangan senjata api itu yang turut menyebabkan dua anggota keselamatan terbabit mengalami kecederaan.

Dalam insiden keganasan kedua pula, seorang pekerja stesen minyak di Pattani maut apabila sebutir bom buatan sendiri seberat 20kg memusnahkan kemudahan itu, kata Penolong Ketua Polis Daerah Khokpo Kapt Kiartichai Nakre.

Serangan bom pada 1 tengah hari (waktu tempatan) itu, katanya menyebabkan kebakaran besar terhadap stesen minyak terbabit dan anggota bomba terpaksa mengambil masa 20 minit untuk memadamkannya.

Beliau berkata, tujuh anggota keselamatan yang pada ketika itu berada di stesen minyak terbabit untuk menyiasat satu kejadian tembakan turut cedera dalam insiden itu.
Pihak polis, menurutnya percaya bom terbabit telah diletakkan di stesen minyak itu oleh empat orang tidak dikenali dan siasatan berkenaan motif letupan bom itu sedang berjalan. – BERNAMA

Tags: JenayahSelatan Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand

Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand

02/09/2024
0

PATTANI - Sebanyak 20,000 pelancong dari Malaysia bercuti di Wilayah Selatan Thailand dan menyumbang lebih 100 juta Baht (100 Baht...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Serangan Kebakaran Di selatan Thailand

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Dalam Serangan Kebakaran Di selatan Thailand

23/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas dalam serangan kebakaran di beberapa tempat di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd