• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15,000 Sertai Fit Malaysia Peringkat N.Sembilan

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Sejumlah 15,000 peserta dari seluruh negeri telah menyertai program FIT Malaysia peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung pagi tadi di Dataran Rembau, di sini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ini merupakan penyertaan paling ramai untuk FIT Malaysia tahun ini.

“Tahun lepas kita buat FIT Malaysia di ibu-ibu negeri dan tahun ini kita buat di bandar kedua, walaupun begitu penyertaan yang kita terima pada tahun ini tidak kurang daripada tahun lepas.

“Ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin cergas dan saya optimis objektif kita untuk mewujudkan negara bersukan boleh berjaya sebelum tahun 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program FIT Malaysia Peringkat Negeri Sembilan.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata pada tahun hadapan, FIT Malaysia akan dibuat di bandar-bandar ketiga atau pekan-pekan di setiap negeri.

“Kalau di Negeri Sembilan, mungkin kita akan buat di Port Dickson ke atau mungkin di Kuala Pilah,” katanya.

Sementara itu, program yang bermula seawal pukul 6 pagi itu telah dimulakan dengan pelepasan peserta bagi acara berbasikal (FM Ride) sejauh 10km dan 30km dan diikuti dengan pelepasan peserta bagi acara larian (FM Run) dengan jarak sejauh 5km dan 10km.

Antara aktiviti-aktiviti kecergasan lain yang berlangsung pada hari ini ialah aerobik, zumba, ‘Stix2Stick’, ‘fit ball’ dan ‘line dance’.

Turut diadakan ialah pameran oleh Institut Sukan Negara, Sekretariat Hari Sukan Negara, Sekretariat Sukan SEA 2017, Jabatan Kesihatan Negeri. – BERNAMA

Tags: Fit Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hidup Merana Gara-Gara Zakar Terlampau Besar

Next Post

Isu Bateri Galaxy Note 7 Bawa ‘Rahmat’ Buat iPhone 7

Related Posts

Fit Malaysia Negeri Sembilan Dapat Sambutan

06/05/2018
0

NILAI - Fit Malaysia peringkat Negeri Sembilan mendapat sambutan menggalakkan apabila program itu dihadiri 10,000 masyarakat pelbagai lapisan umur di...

Fit Malaysia Platform Efektif Promosi Sukan

21/04/2018
0

MELAKA - Program Fit Malaysia yang mula diperkenalkan sejak 2014 merupakan platform efektif dalam mempromosikan aktiviti sukan dan kecergasan kepada...

Next Post

Isu Bateri Galaxy Note 7 Bawa 'Rahmat' Buat iPhone 7

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd