• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,500 Penduduk Keningau Gotong-Royong Kawal Aedes

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Seramai 1,500 penduduk Keningau daripada pelbagai lapisan hari ini mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong perdana sempena kempen mengawal penyakit Zika, Denggi dan Chikungunya di daerah pedalaman berkenaan.

Aktiviti gotong royong yang bermula seawal 8 pagi berkenaan disertai pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan dan dilancarkan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan, Datuk Sairin Karno.

Kerja gotong-royong di kawasan pekan Keningau, antaranya menyasarkan aktiviti pembersihan parit serta tempat-tempat pembuangan sampah yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Pegawai Daerah Keningau, Yusop Osman berkata, walaupun daerah Keningau diletakkan sebagai antara daerah penyumbang tertinggi kes denggi di Sabah dan disifatkannya sebagai membimbangkan, namun penularannya berjaya dibendung dengan adanya program pembasmian secara berterusan yang dijalankan di daerah itu.

Sehingga hari ini, sebanyak 100 kes denggi dicatatkan di daerah itu yang melibatkan 17 kampung di daerah pedalaman itu, kata Yusop kepada pemberita sempena program gotong-royong berkenaan.

Yusop berkata, penularan denggi di daerah itu sebahagiannya berpunca daripada sikap sesetengah penduduk yang kurang peka mengenai kebersihan dengan membiarkan tempat-tempat pembiakan nyamuk ades wujud di kawasan mereka.

Katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Daerah, sikap orang ramai adalah antara penyumbang penularan penyakit itu. – BERNAMA

Tags: denggigotong-royongvirus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd