• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Daripada 3 Rakyat Malaysia Alami Isu Masalah Mental

oleh AK-47
28/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati satu dalam tiga rakyat Malaysia mengalami isu berkaitan dengan masalah mental, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

“Kajian yang sama menunjukkan bahawa prevalen masalah kesihatan mental paling tinggi dalam kalangan mereka yang berumur 16 hingga 19 tahun dan mereka yang berpendapatan rendah,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Katanya faktor yang mungkin menyumbang kepada kenaikan dua kali ganda prevalen masalah kesihatan mental sepanjang 10 tahun lepas adalah masalah atau krisis kewangan, tiada pekerjaan, stres pekerjaan, isu dan permasalahan keluarga, penyalahgunaan substans dan faktor persekitaran.

Dr Subramaniam berkata satu pelan tindakan strategik kesihatan mental kebangsaan sedang dibentuk untuk tempoh lima tahun akan datang (2016-2020) bagi mengawal peningkatan permasalahan mental dalam masyarakat Malaysia.

Antara tindakan yang digariskan dalam pelan tindakan tersebut adalah perkhidmatan kesihatan mental yang lengkap dan menyeluruh, kerjasama dalam kalangan pelbagai agensi dan bantuan asas psikologi dalam krisis, katanya.

Turut digariskan dalam pelan tindakan berkenaan ialah promosi kesihatan mental dalam kalangan komuniti, warga sekolah dan warga bekerja untuk memastikan kesejahteraan mental dan meningkatkan literasi kesihatan mental serta pembangunan sumber manusia dalam kesihatan mental, katanya.

Dr. Subramaniam berkata terdapat 48 buah hospital dan empat institusi mental di bawah Kementerian Kesihatan yang memberikan rawatan psikiatri.

Sementara 671 buah klinik kesihatan dan 20 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat turut memberi perkhidmatan saringan dan intervensi bagi membantu mereka yang mengalami masalah berkaitan mental, katanya.

Mengulas mengenai jumlah pegawai psikiatri di Malaysia, beliau berkata terdapat 190 pegawai psikiatri di bawah Kementerian Kesihatan dan 170 pegawai psikiatri dalam perkhidmatan swasta.

Bagi jumlah pakar psikologi klinikal pula, terdapat hanya 13 orang manakala jumlah kaunselor adalah 188, tambah beliau.

Dr Subramaniam berkata purata pegawai psikologi berbanding penduduk ialah satu bagi setiap 100,000 penduduk.

“Jumlah mereka yang mendapatkan khidmat psikiatri di hospital kerajaan adalah jauh lebih tinggi berbanding mereka yang mendapatkan khidmat psikiatri di sektor swasta,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamMental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PUBG, Fortnite Beri Kesan Buruk Perkembangan Mental?

10/02/2019
0

MASIHKAH anda ingat mengenai surat yang dihantar oleh seorang kanak-kanak kepada kerajaan India agar PUBG diharamkan di negara itu? Terbaharu,...

Kerajaan Perlu Perkenal Penilaian Kesihatan Mental

23/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memperkenalkan sistem penilaian kesihatan mental yang boleh menentukan sejauh mana gangguan mental boleh membawa kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd