• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zoo Taiping & Night Safari Perlu Sumbangan

oleh
31/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Zoo Taiping & Night Safari memerlukan sumbangan syarikat dan ahli korporat untuk menampung perbelanjaan makanan kepada haiwan di zoo berkenaan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata ini kerana kos makanan bagi haiwan di zoo itu mencatatkan lebih RM4 juta setahun.

Beliau berkata bagi mengurangkan beban, pihaknya telah memperkenalkan program anak angkat zoo berkenaan sejak 1994 dalam usaha mendapatkan penajaan untuk menampung kos perbelanjaan makanan haiwan.

Pihaknya telah menawarkan lima pakej kepada syarikat yang ingin menaja makanan haiwan iaitu pakej Platinum berjumlah RM50,000 ke atas; pakej Emas RM30,000 hingga RM49,000 ke atas; pakej Perak dengan RM10,000 hingga RM29,999 ke atas; pakej Gangsa dengan RM1,000 hingga RM9,999 ke atas dan pakej Ikhlas RM100 hingga RM999, katanya.

“Dengan menaja makanan haiwan di sini akan membantu usaha-usaha konservasi haiwan serta mengekal habitat demi kebaikan generasi akan datang,” katanya pada sidang akhbar Program Anak Angkat Zoo Taiping & Night Safari di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, sebanyak tiga syarikat telah menyerahkan penajaan iaitu Spritzer Resources Sdn Bhd sebanyak RM10,000, Pharmaniaga (RM5,000) dan Sport Toto (RM2,000).

Selain itu, Abd Rahim berkata zoo itu telah menawarkan produk yang bertaraf antarabangsa kerana memperkenalkan konsep zoo terbuka kepada pengunjung.

Tambah beliau, zoo itu telah menerima sebanyak 600,000 hingga 700,000 pengunjung pada tahun lalu.

Zoo Taiping telah ditubuhkan pada 1961 dengan keluasan 14.4 hektar. Kini mempunyai 1,300 ekor haiwan dari 140 spesis dari mamalia, burung, reptelia dan ikan. – BERNAMA

Tags: haiwanNight SafariZoo Taiping
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM393.8 Bilion Untuk Belanjawan 2024

Peluru Zionis Turut Sasarkan Haiwan

13/10/2023
0

PETALING JAYA – Bukan hanya manusia, haiwan pun turut menjadi korban kekejaman Israel. Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini….. Dalam satu...

Haiwan Pun Berisiko Kena Strok Haba Akibat Cuaca Panas

Haiwan Pun Berisiko Kena Strok Haba Akibat Cuaca Panas

01/05/2023
0

KUALA LUMPUR: Cuaca panas melampau yang kini melanda beberapa negara, termasuk Malaysia, bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah menimbulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd