• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Tegur Pemimpin UMNO Bahagian Jarang Turun Padang

oleh Ahmad Albab
06/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATOH – “Jangan hanya turun kawasan, tunjuk muka bila saya balik,” demikian teguran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemimpin UMNO bahagian.

Naib Presiden UMNO itu berkata terdapat segelintir pemimpin UMNO peringkat bahagian yang hanya turun bertemu rakyat di peringkat akar umbi apabila beliau melawat kawasan tersebut.

“Saya berharap pemimpin di Bagan Datoh turun ke bawah, turun ke akar umni, ketua cawangan, ketua Pemuda, ketua Wanita dan ketua Puteri, jangan tunjuk muka ketika saya balik sahaja.

“Mereka (pemimpin) tahu saya sibuk, tapi mereka pun buat-buat sibuk. Bila saya balik baru nak tunjuk muka. Apa punya pemimpin?, katanya sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata demikian dalam ucapan dasar pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2016 di sini hari ini yang dihadiri 477 perwakilan.

Mesyuarat tersebut dirasmikan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ahmad Zahid menasihati para pemimpin peringkat bahagian yang dipilih supaya tidak hanya turun padang bertemu rakyat apabila adanya pilihan raya atau pemilihan parti.

“Turunlah …rakyat sentiasa melihat gelagat pemimpin, sekecil manapun rakyat sentiasa melihat (pemimpin),” katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa dalam keadaan serba canggih sekarang, pemimpin UMNO bahagian perlu menukar cara serta sistem komunikasi untuk lebih mendekati rakyat.

“Tidak dinafikan media sosial mempengaruhi pemikiran dan pola sokongan kepada kita.

“Di Bagan Datoh ini, 60 peratus pengundi di kawasan ini bekerja di sini, manakala 40 peratus lagi bekerja di luar dan mereka ini mampu mempengaruhi pola (pengundi) yang lain,” katanya.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa mana-mana parti yang ditubuhkan daripada serpihan UMNO dan atas dasar kekecewaan tidak akan bertahan lama.

“UMNO ditubuhkan oleh kerana semangat perpaduan dan kekitaan. Walaupun ada gelombang, tapi kita dapat atasi, biasalah parti politik ada masalah, semua organisasi ada masalah.

“Kalau layan ‘frust’ (kekecewaan) akan berakhir dengan kita sendiri kecewa. Cukuplah … letakkan noktah kekecewaan peribadi, letakkan sifar pada rasa benci, walau apapun UMNO adalah parti keramat,” katanya.

Timbalan perdana menteri turut mengingatkan semua anggota dan pemimpin UMNO supaya tidak terjebak dengan politik songsang hanya kerana berbezaan pendapat yang akhirnya akan hanya membinasakan diri sendiri. – BERNAMA

Tags: UMNOZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd