• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Cedera Dirompak 2 Lelaki Di George Town

oleh Ahmad Albab
12/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang warga emas bukan sahaja kerugian RM2,000 malah cedera di leher dan tangan kiri selepas dikelar dalam kejadian rompak di Taman Belia, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 pagi itu, warga emas berusia 80 tahun berkenaan berjalan untuk mengambil keretanya yang diparkir di tempat letak kenderaan di hadapan tanah perkuburan Kristian selepas beriadah di kawasan itu.

“Ketika warga emas itu sedang berjalan ke keretanya, tiba-tiba datang seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau dan merompak mangsa. Berlaku pergelutan antara mereka.

Selain mencederakan mangsa, suspek turut mengambil barangan berharga sebelum melarikan diri bersama seorang lagi rakannya yang sedang menunggu dengan motosikal berhampiran situ,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata suspek dan rakannya yang memakai jaket dan topi kaledar berwarna gelap itu turut melarikan beberapa keping kad bank, kad pengenalan, lesen memandu, kad pesara, wang tunai serta mata wang asing.

Mior Faridalathrash berkata pesara kerajaan itu yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Mangsa tidak dapat mengecam kedua-dua lelaki itu dan nombor pendaftaraan motosikal yang digunakan mereka,” katanya.

Beliau berkata polis memandang serius kes itu dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ili Sarah Musa di talian 04-218182 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata seorang lelaki membuat laporan polis selepas rumahnya di Jalan Padang Tembak, Air Itam di sini dibaling tiga botol berisi cat merah dipercayai dilakukan oleh geng pemberi pinjaman haram dalam kejadian pada 6 Ogos lepas.

“Mangsa menyedari kejadian itu kira-kira pukul 1 pagi dan berdasarkan siasatan rumah lelaki itu pernah beberapa kali dibaling cat merah dan kali terakhir Mac lepas,” katanya.

Katanya berdasarkan rakaman CCTV, polis telah memperolehi beberapa keterangan penting yang dapat membantu siasatan kes itu yang disiasat menurut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: rompakanwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd