RIO DE JANEIRO – Â Tanpa rasa takut, seorang remaja lelaki mendekati lelaki dewasa dalam usaha untuk mencuri telefon bimbit dalam genggamannya di Brazil.
Rakaman aksi nekad pencuri cilik itu di Rio de Janeiro yang semakin menggila ketika berlangsungnnya Sukan Olimpik 2016 ini yang membuatkan ramai orang tercengang.
Sebagai contoh, seorang anak muda berjalan di belakang seorang lelaki yang memegang wang tunai di tangannya. Satu gerakan pantas, si anak muda meraih wang tunai tersebut dan melarikan diri.
Setiap kesempatan ini, ia akan ada kelompok atau seorang diri menghampiri, yang pasti para penjenayah ini akan melakukan apa saja untuk mencuri.
News.com.au melaporkan, begitulah cara pencuri kecil di Rio de Janeiro yang lama meluas hingga kini dengan mangsa yang tidak bersalah terus menjadi sasaran pencuri. Beg, telefon bimbit, wang tunai adalah sasaran bagi pencuri kecil yang kebanyakannya bawah umur.
Rakaman yang banyak tersebar luas di dunia maya telah menunjukkan pencuri kecil kurang ajar pencuri di Rio de Janeiro waima Sukan Olimpik 2016 yang sedang berlangsung, kes kecurian makin meningkat.
Keselamatan di Rio de Janeiro telah dikritik besar-besaran oleh ketua kontinjen Olimpik 2016 dari Australia yang mengatakan bahawa perlindungan terhadap atlet dan pengunjung semasa acara berlangsung diragui.
Rio adalah salah satu bandar paling berbahaya di dunia dan 85,000 anggota keselamatan telah diletakkan dengan bermaksud untuk menjaga pengunjung agar berasa selamat.
Malangnya, usaha ini masih belum cukup untuk menghalang tindakan sekumpulan pencuri cilik. – MYNEWSHUB.CC

