SETIAPÂ kali menjelang kemerdekaan, pasti ramai yang menunggu iklan menarik untuk ditonton dan dikongsikan bersama rakan-rakan.
Kebiasaannya video iklan dari Petronas, Maxis atau TM sentiasa tidak mengecewakan penonton kerana penuh dengan mesej-mesej yang bermakna.
Bersempena Hari Kebangsaan 2016 kali ini, kami begitu tertarik dengan iklan yang disampaikan syarikat telekomunikasi DiGi bertajuk #BukaLaHati.
#BukaLaHati mengisarkan seorang bapa, Ah Wong yang merupakan seorang panas baran dan sering menyalahkan tiap-tiap perkara yang berlaku di sekelilingnya tanpa bertolak ansur.
Namun dia menyedari jua yang mana setiap perkara yang berlaku itu mempunyai sebab tersendiri dan bukannya semua orang bernasib baik.
Itulah mesej yang ingin disampaikan di mana sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu, janganlah kita cepat menilai seseorang dari luaran.
Belajarlah untuk cuba memahami, bertolak ansur dan tolong menolong antara satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC