• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO: Lupakan Sengketa & Fokus PRU14, Kata Jailani

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Pemimpin dan anggota UMNO perlu melupakan sengketa dan fokus sepenuhnya kepada gerak kerja parti untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu itu berkata sebarang tindakan mahupun perselisihan yang boleh memporak-perandakan parti haruslah dihadapi dengan tenang dan usaha mengatasinya perlu dilakukan segera.

“Kekuatan UMNO yang kini berusia 70 tahun bergantung kepada keupayaan semua pemimpin serta anggota mempertahankan perpaduan.

“Sudah tak sampai dua tahun pun nak menghadapi PRU14… rakyat sedang memerhatikan suasana politik dan seharusnya kita (UMNO) terus bergerak dan memberi fokus kepada gerak kerja parti (membantu rakyat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang disempurnakan oleh anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Johari Abdul Ghani merangkap Menteri Kewangan Kedua, di sini hari ini.

Jailani berkata anggota parti perlu terus berpegang kepada tiga elemen yang menjadi tonggak UMNO yang kekal memerintah sejak 1946 iaitu permuafakatan dan perpaduan, kesetiaan kepada parti dan hormat kepada pemimpin dan pucuk pimpinan.

“Kita ini adalah generasi pewaris kepada sebuah wadah yang mengumpul kekuatan dan kesatuan orang Melayu… walau apapun perbezaannya dan biar sehebat manapun ribut dan gelora politik yang melanda, wadah inilah yang selama ini menjadi pengikat untuk kita bergerak sebagai satu pasukan,” katanya.

Jailani berkata UMNO Terengganu perlu bekerja kuat bagi memastikan negeri tersebut tidak kembali jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14 seperti yang pernah berlaku pada pilihan raya umum 1999.

“Jangan ada sikap ‘cah keting’ kerana kalau kita sudah buat kerja tetapi ada hasad dengki, sia-sia sahaja kerja yang dilakukan dan dalam perjuangan parti kita harus ada ‘teamwork’ dan akur kepada pemimpin yang dipilih dalam satu kapal bukannya dua nakhoda,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jailani JohariUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd