• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turki & Rusia Pulih Hubungan: Erdogan & Putin Pilih Damai

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUBUNGAN Turki dan Rusia kini melangkah ke era baharu selepas kegagalan rampasan kuasa tentera di Ankara dan Istanbul pada 15 Julai lalu. Satu perkembangan yang pasti membimbangkan sekutu Barat.

Pertemuan Reccep Tayyep Erdogan dan Vladamir Putin pada 8 Ogos di St. Petersburg dekat Moscow memberi gambaran: Turki bersedia mengalih hala tuju politik menyokong Blok Russia.

“Hubungan ini mencipta era baharu,” kata Erdogan.

Malah, tindakan ini dilihat sebagai langkah drastik Ankara serta isyarat protes dan hilang keyakinan Turki terhadap hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS).

Turki & Russia Pulih Hubungan: Erdogan & Putin Pilih Damai

Ankara menuduh AS terbabit dengan menyokong Fethullah Gulen dalam kempen menjatuhkan Erdogan.

Gulen, musuh politik Erdogan yang mendapat perlindungan di AS, disyaki dalang rampasan kuasa yang menyebabkan lebih 200 orang terbunuh. Malah, Ankara secara terbuka menuduh Washington DC terlibat dalam kudeta 24 jam itu.

Pada pertemuan itu, Putin berjanji menarik balik sekatan ekonomi berikutan kejadian tentera Turki menembak jatuh pesawat Rusia pada November 2015, dalam satu kejadian di ruang udara sempadan Syria.

Malah, tindakan ini juga menggambarkan Turki bersedia menarik diri dari kempen menyertai Kesatuan Eropah yang merupakan sekutu utama AS.

Hubungan baharu dua negara ini pasti memberikan kesan pada kerjasama Turki dan AS dalam memerangi keganasan Daesh di Syria.

Turki membenarkan jet pejuang AS menggunakan ruang udaranya dalam misi menyerang kubu Daesh di Syria.

Malah, apakah Turki bakal menyokong kempen Moskow mempertahankan Rejim Bashar Assad?

Dunia sedang menanti perkembangan seterusnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ErdoganputinRussiaTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

06/05/2025
0

MOSCOW: Unit pertahanan udara Russia memusnahkan dron Ukraine yang menyasarkan Moscow untuk malam kedua berturut-turut, sekali gus memaksa penutupan lapangan...

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

10/02/2025
0

SEPANG - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd