• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpahan Merkuri Di Klinik Berpunca Kecuaian Kakitangan

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Insiden tumpahan cecair merkuri di Klinik Kesihatan Merchang, di Marang baru-baru ini hanyalah insiden kecil dan dikesan berpunca daripada kecuaian kakitangan klinik tersebut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar berkata insiden itu sepatutnya dapat dielakkan sekiranya semua petugas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sepatutnya semua peralatan yang digunakan perlu diletak, disimpan dan digunakan dengan berhati-hati agar tidak berlaku insiden seumpama ini, ” katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai tumpahan merkuri yang berlaku di klinik itu pada Rabu lalu.

Insiden itu berlaku apabila termometer yang berada di atas meja terjatuh dan pecah di atas lantai di sebuah bilik rawatan.

Susulan itu Unit Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh dikejarkan ke klinik berkenaan untuk membersihkan kesan tumpahan merkuri tersebut.

Insiden serupa juga berlaku pada 20 Ogos di sebuah lagi klinik di Marang, yang melibatkan satu unit alat yang digunakan untuk memeriksa tekanan darah pesakit. – BERNAMA

Tags: klinikMerkuri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Klinik Haram Dalam Kondo Mewah Terbongkar!

Klinik Haram Dalam Kondo Mewah Terbongkar!

04/12/2025
0

Imigresen Serbu Ketika Rawatan Sedang Berlangsung Oleh Mynewshub  Disebalik pintu sebuah kondo mewah di ibu kota, pihak berkuasa akhirnya membongkar...

Belanjawan 2023: Kerajaan Salur RM1.2 Bilion Baik Pulih Klinik, Sekolah Daif

Belanjawan 2023: Kerajaan Salur RM1.2 Bilion Baik Pulih Klinik, Sekolah Daif

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd