• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tindakan Terhadap Puteri UMNO Kota Bharu

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada tindakan dikenakan terhadap Puteri UMNO Kota Bharu selepas rakaman tarian gelek pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan pergerakan itu Khamis lalu menjadi viral dalam media sosial, kata Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dan Puteri UMNO Kota Bharu juga memohon maaf berkenaan insiden itu.

“Saya telah menegur perkara itu (tarian) dan mereka juga memohon maaf serta kesal berkenaan perkara itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pameran Hari Kebangsaan dan Silang Budaya, di Muzium Negara dekat sini hari ini.

Mas Ermieyati berharap agar insiden itu tidak akan berulang, sebaliknya memberi fokus kepada usaha untuk meningkatkan keanggotaan Puteri UMNO yang kini hampir mencecah 400,000 orang sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memuji kejayaan Puteri UMNO dalam pementasan teater muzikal ‘Mencari Sumaiyah’ di Istana Budaya di sini sejak 8 Ogos lepas.

Beliau berkata teater itu menggambarkan perjuangan Puteri UMNO yang telah 15 tahun berada dalam persada politik tanah air.

“Ia mengisahkan tentang empat orang wanita muda bersahabat yang ingin mencari kejayaan tetapi dengan kecekalan dan persahabatan itulah mereka dapat mengatasi pelbagai masalah dan cabaran akhirnya mereka berjaya,” katanya.

Teater muzikal dengan kerjasama Hyper Pictures dan Tall Order Sdn Bhd itu turut dibintangi artis-artis terkenal seperti Erra Fazira dan Afdlin Shauki dan akan dipentaskan sehingga 14 Ogos ini. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd