• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Peraturan Wajib Umum Nama Speaker Dun Lebih Awal

oleh Ahmad Albab
08/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Tiada peraturan yang mewajibkan kerajaan negeri untuk mengumumkan lebih awal nama calon yang dipilih sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) selaku parti yang memerintah di Perak faham mengenai keperluan untuk menghantar nama calon jika ada kekosongan jawatan dalam tempoh tujuh hari sebelum bermulanya persidangan DUN.

“Kita pihak BN tidaklah sejahil itu dari segi mematuhi peraturan dan sebab itu telah menghantar nama calon speaker kepada pihak setiausaha DUN (Shahrul Azam Shaari) pada tarikh yang ditetapkan.

“BN menyerahkan nama calon sebelum 7 Ogos (tarikh akhir penyerahan nama calon). Kalau nak tahu dari segi peraturan tidak perlu namakan (umumkan) calon speaker, tapi tidak bermakna kami tidak menghantar nama,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada tujuh ketua kampung daripada kalangan masyarakat India di sini hari ini sebagai mengulas dakwaan pembangkang bahawa Perak gagal mematuhi tarikh akhir ditetapkan untuk penyerahan nama calon speaker DUN.

Rabu lalu, Zambry mengesahkan speaker DUN Perak yang baharu adalah daripada parti MIC bagi menggantikan Datuk Seri S.K. Devamany yang meletak jawatan susulan pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet 27 Jun lepas.

Mesyuarat kedua, Penggal Keempat DUN Ke-13 Perak akan bermula esok. – BERNAMA

Tags: SpeakerZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DOJ Agensi Kerajaan Yang Berdaulat – PKR

Next Post

Pengunjung Hotel Dirompak Wanita Tawar Aksi Seks

Related Posts

‘Keputusan Speaker Tak Kosongkan Kerusi Bukan Didorong Kerajaan’

‘Keputusan Speaker Tak Kosongkan Kerusi Bukan Didorong Kerajaan’

13/07/2024
1

Keputusan mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Parlimen Bersatu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul tidak didorong oleh...

BERSATU Akan Hantar Notis Kekosongan Kerusi Parlimen Kepada Speaker

BERSATU Akan Hantar Notis Kekosongan Kerusi Parlimen Kepada Speaker

03/06/2024
0

Kuala Terengganu : BERSATU akan menghantar notis kekosongan kerusi Parlimen kepada Speaker Dewan Rakyat, selepas keahlian enam ahli Parlimennya digugurkan...

Next Post

Pengunjung Hotel Dirompak Wanita Tawar Aksi Seks

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd