• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anjur Olimpik Tak Realistik, Malaysia Belum Raih Emas

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik bukanlah suatu keutamaan bagi Malaysia memandangkan negara ini tidak memenangi banyak pingat pada temasya berkenaan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di dunia itu bukanlah langkah yang realistik disebabkan sehingga kini Malaysia masih belum meraih pingat emas pertamanya dalam kejohanan Olimpik.

“Menganjurkan kejohanan sukan seperti itu hanya akan membebani negara dengan hutang dan masalah lain yang berkaitan sekiranya negara gagal untuk menghasilkan secara konsisten pemenang pingat di pentas dunia.

“Apa yang berlaku selepas temasya ini… berdasarkan keadaan ekonomi semasa, negara tuan rumah hanya akan dibebani hutang,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Perkampungan Sukan Temasya Olimpik Rio di sini pada Sabtu.

Berikutan kedudukan ekonomi semasa, beliau berkata kementeriannya akan memberi keutamaan kepada pembiayaan sukan dalam program Podium yang dilancarkan bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Pada masa ini, semua badan kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan berdepan langkah berjimat cermat dan kami perlu memberi keutamaan kepada perbelanjaan bagi program Podium serta menyemak semula pembiayaan bagi sukan memuncul seperti karate yang berpotensi menyumbang pingat dalam Olimpik Tokyo,” katanya.

Khairy berkata Malaysia mesti memenangi emas dalam Olimpik Rio oleh kerana ia akan meningkatkan pembiayaan kerajaan dalam program Podium.

Tahun lepas, Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata Malaysia mungkin berganding tenaga bersama negara jirannya, Singapura, untuk merealisasikan impian menganjurkan Olimpik buat julung kali di rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata penganjuran sukan berprestij itu oleh dua negara tuan rumah merupakan suatu kemungkinan di bawah agenda baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Katanya kini sudah terlambat untuk menyertai pembidaan bagi penganjuran Olimpik 2024 namun pertimbangan boleh diberi kepada penganjuran Olimpik 2028 atau 2032. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinOlimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

04/09/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd