• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Tak Malu Ke Ambil Paket Gula & Krimer Banyak-Banyak?’

oleh AK-47
03/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dinafikan, dalam kalangan masyarakat kita ada yang gemar mengambil sesuatu seperti krimer kopi, gula, pek cili, di restoran makanan segera dengan secara berlebihan kerana mengamalkan pemikiran ‘sudah bayar’.

Biarpun sudah membayar, ia bukan bermaksud pelanggan boleh mengambil seberapa banyak dengan sesuka hati, siap ada yang ‘tapau’ bawa balik rumah sedangkan ia adalah untuk kegunaan ramai.

Itulah perkara yang ingin dikongsikan oleh saudari Azmira Azman, berkenaan peristiwa yang berlaku terhadapnya baru-baru ini di sebuah pusat beli-belah.

Azmira menceritakan bagaimana ragam segelintir rakyat Malaysia yang berperangai sedemikian, lalu membuat keputusan untuk menegur pengunjung bergelar ‘makcik’ tersebut.

Jom biasa perkongsian ini dan semoga menjadi  ingatan buat semua.

'Tak Malu Ke Ambil Paket Gula & Krimer Banyak-Banyak?'

So tadi kami pergi lah IKEA Cheras sebab nak beli barang untuk rumah baru. Lepas beli barang kami pun teringin nak makan aiskrim so kitorang pun beli la aiskrim. A bit terkejut kat situ sebab kena pakai token.

Tapi bila mengenangkan orang Malaysia yang ada budaya suka ambil lebih-lebih ‘sebab dah bayar’, rasa macam bagus juga la ada token tu.

Tapi still rasa kecewa la sebab mentaliti tu.

Pastu sambil-sambil makan aiskrim, datang dua aunties pergi songlap paket-paket gula, krimer dengan kayu pengacau kopi. Sekali ambil segenggam terus.

Kami pandang je. Sekali. Dua kali.

Orang IKEA refill lagi peket-paket kat situ.

Kali ketiga. Tapi dia perasan kami dah jeling-jeling tajam. So dia ambil sepeket je lagi gula. Kami pandang je diorang berdua sambil diorang minum kopi tu. Dua-dua dah tak senang duduk sebab perasan kitorang pandang diorang tak kelip-kelip mata.

Paling tak boleh blah, aunties tu suruh ada budak-budak sekolah kat situ curi kan kayu pengacau kopi tu untuk dia.

Time tu acik dah paneh. Nak molotup palo acik tengok budak-budak tu ambik segenggam kayu-kayu pengacau tu.

Maka, Azmira pun buat la seperti apa yang cikgu Azmira selalu buat. Dengan suara cikgu yang kuat ni, saya pun pergi kat meja dia:

“Auntie, you tak malu ke ambil gula, krimer dengan stirrer tu banyak-banyak? You ambil ulang-ulang sampai tiga kali, banyak pulak tu? Habis tu orang nak minum kopi nak pakai apa?!”

Terkujat makcik tu, mula-mula dia jeling tapi stay kat meja dia. Pastu bila ramai dah pandang-pandang, dia terus blah.

Tapi budak-budak sekolah yang telah diarahkan untuk mencuri bagi pihak dia tu tetap pergi ambil segenggam lagi kayu pengacau tu.

“Adik, kau jangan nak ambil banyak-banyak untuk auntie tu. Ni nama dia mencuri!”

Budak-budak sekolah tu tersipu-sipu pastu terus blah jugak. So pengajaran kat sini. Kalau pun dah bayar duit kopi tu, bukan bermaksud boleh ambil 80 paket gula bawa balik.

Kata marah kalau orang curi duit rakyat. Tapi diri sendiri curi hak orang lain takpe pulak?
Jangan sampai ambil paket gula pun kena pakai token nanti. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Bersaudara Didenda RM2,000 Peras Ugut

Next Post

Beri Peluang Siswazah Pengajian Islam Berkhidmat

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

Next Post

Beri Peluang Siswazah Pengajian Islam Berkhidmat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd