• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tajuk Akhbar Kosmo! Undang Kecaman Netizen

oleh AK-47
20/08/2016
dalam Hangat, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INILAH yang dikatakan seumpama ‘terlajak perahu boleh diundur, namun terlajak kata buruk padahnya’.

Tindakan sebuah akhbar tempatan popular, Kosmo! yang tergamak menyiarkan artikel muka depan bertajuk ‘Peng Soon-Liu Ying hampakan jutaan rakyat Malaysia’ mengundang padah apabila teruk menerima kecaman daripada netizen tanah air.

Rata-rata ramai netizen tidak bersetuju dengan penggunaan tajuk berita itu yang disifatkan sebagai agak keterlaluan seolah-olah memperlihatkan akhbar tersebut tidak tahu menghargai usaha dan penat lelah dua atlet berkenaan yang telah pun meraih pingat perak.

“Tajuk berita kau tu yang menghampakan rakyat Malaysia bukan atlet tu yang menghampakan,” kata Harimau Malaya.

“Sakit hati pulak hati saya baca tajuk ni,” tulis Sole’ Solihen.

“Bersyukurlah dapat perak. Bukan mudah tinggalkan anak semua… berlatih nak rak 4 tahun… alhamdulillah dapat perak dan KALI PERTAMA dapat pingat… Fans Indonesia pun ucap tahniah. Inikan rakyat Malaysia. Ayat hampakan tu sinis sikitlah,” tulis Aris Aries.

Ramai pengguna media sosial mendakwa kegagalan dua pemain itu tidak perlu diungkit walhal, ini adalah kali pertama beregu campuran berjaya menerima pingat sejak acara badminton mula diperkenalkan pada temasya Olimpik Barcelona 1992 di Sepanyol.

Oleh itu, pencapaian Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying di Sukan Olimpik Di Rio De Janeiro, Brazil sememangnya cukup membanggakan apatah lagi mereka bukan pemain pilihan utama dan langsung tidak diletakkan sebarang harapan untuk mara ke peringkat final.

Dek kerana keterlajuran tajuk itu juga, terdapat netizen melabelkan penulis artikel berkenaan sebagai tidak mempunyai semangat kesukanan dan berjiwa patriotik terhadap kehebatan pemain tempatan mampu menentang lawan yang jauh lebih berpengalaman.

Gandingan Peng Soon-Liu Yin bagaimanapun tewas straight set 21-14, 21-12 dalam aksi final melawan pasangan campuran dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir di Pavilion 4 Riocentro. – MYNEWSHUB.CC

Tags: akhbarbadminton
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TMJ Maklum Berkongsi Pandangan Dengan PM

Next Post

Beregu Lelaki Badminton Harapan Malaysia Buru Emas

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

Next Post

Beregu Lelaki Badminton Harapan Malaysia Buru Emas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd