• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Curi Kereta Mewah Tumpas, 45 Kenderaan Dirampas

oleh Ahmad Albab
15/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan satu sindiket mencuri dan menjual kereta mewah berikutan penahanan empat lelaki dan merampas 45 kenderaan bernilai jutaan ringgit dalam serbuan di Pulau Pinang dan Pahang baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata tiga lelaki berumur 28 hingga 30 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel di Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah pada 28 Julai lepas.

Seorang lagi lelaki berumur 31 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Kuantan, Sabtu lepas.

“Dalam serbuan di Bukit Mertajam, kami merampas 42 kereta mewah pelbagai jenama antaranya Porsche Cayenne, BMW, Mercedes Benz, Audi, Mini Cooper dan Volkswagen manakala di Kuantan, polis merampas tiga Toyota Vellfire,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan polis mendapati bengkel di Bukit Mertajam itu dijadikan tempat untuk menyimpan dan menukar nombor casis dan pendaftaran kenderaan yang dicuri sebelum dijual kepada pembeli.

Abdul Ghafar berkata siasatan polis juga mendapati sindiket itu mempunyai rangkaian di seluruh negara dan kereta yang dirampas itu dilapor dicuri dari beberapa negeri antaranya Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pahang.

“Sindiket itu dipercayai aktif sejak awal tahun ini, kami masih meneruskan siasatan termasuk mengesan beberapa lagi anggota sindiket termasuk ketuanya,” katanya.

Terdahulu, Abdul Ghafar menyaksikan serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang ACP Ramli Mohd Noor kepada ACP Abdul Ghani Ahmad.

Sebelum ini, Abdul Ghani adalah Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Kewangan, Perbankan, Koperasi dan Insurans JSJK Bukit Aman. – BERNAMA

Tags: curi keretapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd