• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seoul Beri Amaran Tindakan Balas Dendam Pyongyang

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Selatan memberi amaran semalam kemungkinan berlakunya pembunuhan dan penculikan oleh Korea Utara sebagai membalas dendam beberapa insiden belot berprofil tinggi ke Selatan.

Kementerian Penyatuan di Seoul berkata, Pyongyang bersungguh-sungguh untuk melancarkan provokasi terutama ketika ketegangan memuncak menjelang latihan ketenteraan besar-besaran antara Korea Selatan dan AS yang bermula hari ini.

Seorang pegawai kementerian memberitahu pemberita, pembelotan timbalan duta Korea Utara ke Britain dan keluarganya meletakkan Utara dalam ‘keadaan yang sangat sukar’.

“Ia mungkin berlaku memandangkan watak pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, yang sangat berbahaya,” kata pegawai itu yang enggan dikenali.

Beliau turut mengakui cubaan untuk membunuh ketua ideologi Utara dan bekas tutor kepada pemimpin sebelum Kim Jong-Il, Hwang Jang-Yop yang berpaling tadah ke Selatan pada 1997 dan meninggal dunia akibat sebab-sebab semula jadi pada tahun 2010.

Pegawai itu juga berkata, Kim Jong-Un sudah menghantar skuad ke sempadan China untuk menjejaskan Korea Selatan berikutan sekumpulan pekerja restoran di luar negara Korea Utara yang berpaling tadah pada April lalu.

Timbalan Duta, Thae Yong-Ho dipercayai bertugas di kedutaan di London selama 10 tahun sebelum mengumumkan berpaling tadah minggu lalu.

Korea Selatan berkata, beliau terdorong untuk bertindak sedemikian kerana rasa jijik dengan rejim Pyongyang, dan kagum dengan sistem bebas dan demokratik Korea Selatan selain bimbang akan masa depan keluarganya. – Agensi/BH ONLINE

Tags: Korea SelatanKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd