• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Adun Hadir Sidang DUN Terengganu Kecuali Hadi

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi penggal keempat bermula pagì ini dengan semua anggota dewan hadir kecuali Anggota DUN Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang.

Sidang bermula 9.30 pagi itu menjadi tumpuan berikutan pelbagai spekulasi berkaitan kemelut politik di Terengganu sejak beberapa hari lepas.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman yang tiba seawal pukul 9.20 pagi kelihatan ceria apabila menghampiri kira-kira 300 penyokong yang menyatakan sokongan terhadapnya.

Semua anggota DUN daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib hadir.

Sidang yang dijadualkan berlangsung sehingga pukul 1 tengah hari turut menarik perhatian pelbagai perwakilan termasuk pelajar.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong ketika memulakan persidangan mengingatkan semua pihak supaya memilih ketenangan dan perdamaian serta mengelak permusuhan.

“Jagalah tatatertib yang berhormat, buatlah perkara yang baik untuk rakyat,” katanya.

Pada PRU Ke-13, Terengganu dikuasai BN dengan majoriti tipis 17 kerusi, Pas (14) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) (1).

Sementara itu Ahmad Said berkata beliau kini ‘keseorangan’ ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan sebarang usul ‘pelik’ pada sidang berkenaan.

“Apa boleh saya buat, saya seorang sahaja,” katanya yang ditemui pemberita sebelum persidangan bermula.

Beliau yang merupakan bekas menteri besar menjadi tumpuan ekoran tindakannya yang kerap mengkritik Ahmad Razif.

Laporan akhbar sebelum ini meramalkan beliau akan membuat usul pelik pada sidang DUN kali ini. – BERNAMA

Tags: adunTerengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Orlando Bloom Tayang Kemaluan Ketika Bercuti

Next Post

Johor Garis 5 Strategi Memoden & Transform PBT

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

Johor Garis 5 Strategi Memoden & Transform PBT

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd