• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Pukul Kepala Kamu’ – Presiden Filipina

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengancam untuk memukul kepala pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dihantar untuk memantau ‘perang menentang dadah’ yang dilancarkannya.

Dalam satu wawancara dengan pihak media tempatan, beliau ditanya mengenai kemungkinan PBB menghantar pemerhati ke Filipina bagi memantau perkembangan di negara itu yang menyaksikan hampir 1,000 suspek dadah berjaya dibunuh.

“Sebenarnya saya tidak tahu siapakah yang akan datang ke sini dan apakah tujuannya.

“Apa yang saya tahu, saya akan memukul kepalanya. Jangan menyiasat kami seperti kami ini pula jadi penjenayah,” kata Duterte.

Menurut beliau lagi, kedatangan pemerhati PBB ke negara itu tidak akan disambut dengan mesra.

“Melainkan anda datang ke sini untuk mendapatkan penerangan atau melihat sendiri jenayah yang berlaku di negara ini,” jelasnya.

Sementara itu, kerajaan Filipina semalam mengkritik kenyataan PBB yang mendakwa perang menentang dadah oleh Duterte itu jenayah mengikut undang-undang antarabangsa.

Ketua penasihat undang-undang Duterte, Salvador Panelo berkata, kenyataan PBB itu tidak berasas dan terburu-buru.

Katanya, kerajaan tidak terbabit dalam pembunuhan tanpa bicara yang menyasarkan suspek penjenayah dan mencabar pakar hak asasi manusia PBB melawat Filipina dan membuat siasatan.

Dua pakar hak asasi manusia kelmarin mendakwa arahan terus Duterte kepada pasukan keselamatan dan orang awam untuk bunuh suspek dadah adalah perbuatan menghasut untuk melakukan keganasan dan pembunuhan, satu jenayah mengikut undang-undang antarabangsa.

“Apabila anda berada di New York atau tempat lain, 10,000 kilometer jauhnya dari Filipina dan anda membuat penilaian seperti itu, ia adalah tindakan terburu-buru.

“Kenyataan itu jauh menyimpang dan tidak berasas. Mereka (PBB) patut datang ke sini bagi melihat situasi sebenar,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

Tags: FilipinaRodrigo Duterte
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gesa Kawal Kebakaran Hutan Di Indonesia

Next Post

Edrus Dipercayai Mati Sejak Hari Pertama

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

Next Post

Edrus Dipercayai Mati Sejak Hari Pertama

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd