• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Hendak Kahwin 4 Sebelum Umur 40’ – Datuk Red

oleh AK-47
20/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMI pasti ramai yang sudah meluat dan menyampah dengan kenyataan demi kenyataan yang keluar dari mulut suami penyanyi Adira iaitu Datuk Red.

Mana tidaknya, rata-rata netizen menyifatkan ahli perniagaan itu seolah-olah tidak sensitif dalam menjaga hati isteri-isterinya.

Terbaharu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 38, memberitahu, dia ingin memenuhi jumlah ‘kuota’ isterinya kepada empat orang dalam masa dua tahun.

'Saya Hendak Kahwin 4 Sebelum Umur 40' - Datuk Red

“Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40.

“Saya hendak buat versi baru (pelawak) Salih Yaacob. Kalau Salih, mungkin nombor satu sudah tua. Tetapi saya, (isteri) nombor satu masih 30, bergetah lagi.

“Mungkin isteri nombor tiga atau empat ini, isteri pertama dan kedua akan pinangkan. Gempak, tidak?” katanya kepada ProjekMMO.

'Saya Hendak Kahwin 4 Sebelum Umur 40' - Datuk Red

Tidak meletakkan sebarang ciri-ciri khusus untuk menjadi isterinya, namun Datuk Red mahukan bakal isterinya itu menghormati madunya sendiri dan patuh pada arahannya.

“Isteri ketiga perlu patuh sebab dia nombor tiga. Kalau saya suruh cuti, kena cuti. Perempuan tersebut tidak payah selindung. Saya tahu gerak-gerinya.

“Macam Adira, saya cuba beri duit, dia tidak mahu. Sebab itu saya hanya ambil masa kenali Adira tiga minggu saja,” katanya.

Selain mengimpikan berbini empat, Datuk Red juga berharap dikurniakan 20 cahaya mata dan separuh darinya adalah lelaki.

“Apabila saya meninggal, saya hendak mereka pikul saya. Tetapi sekarang baru tiga anak lelaki,” katanya.

Buat masa ini, Datuk Red memiliki lima orang anak, termasuk dua daripada perkahwinan sebelum itu.

Sejak akhir-akhir ini, nama Datuk Red menjadi perbualan hangat selepas videonya keluar bersama pelakon Ruhainies tersebar menjadi viral.

Ketika insiden itu, isteri keduanya iaitu Adira baru sahaja disahkan hamil. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AdiraDatuk Red
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Pembalakan Dibenar Di Hutan Hulu Terenggun

Next Post

Remaja Hidap Penyakit Progeria Meninggal Dunia

Related Posts

Adira Ubah Fikiran Mohon Cerai Demi Anak-Anak

15/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Adira dilaporkan mengubah keputusannya untuk permohonan cerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red. Adnan...

Datuk Red Nak Ramai Anak, Adira Hamil Lagi!

16/05/2018
0

BULAN Ramadan kali ini pastinya lebih bermakna buat penyanyi putih melepak, Adira Suhaimi apabila dia disahkan telah hamil anak kedua....

Next Post

Remaja Hidap Penyakit Progeria Meninggal Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd