• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Rumah Harga RM500K, Tapi Kualiti Macam Apa?’

oleh AK-47
22/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki meluahkan kekecewaannya di media sosial berikutan rasa tertipu dengan pihak pemaju apabila rumah yang dibelinya, tidak mempunyai kualiti seperti yang dijanjikan.

Pengguna akaun Facebook Taufeeq Nordin turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan bahagian rumahnya yang didakwa merekah, ketinggian siling tidak sekata dan pelbagai lagi kerosakkan ruang dalaman rumahnya.

“Jom lihat, bagaimana pemaju buat pagar rumah. Okay, 1, 2, 3! Campak batu, campak simen, campak batu, campak simen! Yearghh! Siap! 5 star builder. Yes!“ demikian status yang dimuat naik Taufeeq terhadap pemaju berkenaan berserta dengan beberapa gambar bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

'Rumah Harga RM500K, Tapi Kualiti Macam Apa?'

Difahamkan, rumah dua tingkat itu berharga hampir RM500,000, mempunyai tiga bilik tidur, tiga bilik air dan keluasan 22 x 70 serta pegangan bebas.

'Rumah Harga RM500K, Tapi Kualiti Macam Apa?'

'Rumah Harga RM500K, Tapi Kualiti Macam Apa?'

'Rumah Harga RM500K, Tapi Kualiti Macam Apa?'

'Rumah Harga RM500K, Tapi Kualiti Macam Apa?'

'Rumah Harga RM500K, Tapi Kualiti Macam Apa?'

'Rumah Harga RM500K, Tapi Kualiti Macam Apa?'

Menurut pengadu, rumah yang dibelinya di selatan Semenanjung itu telah mendapat surat sokongan CCC atau Sijil Kelayakan Menduduki, namun belum diluluskan oleh Bomba. Justeru menimbulkan persoalan, bagaimana CCC boleh diberikan tanpa pemeriksaan Bomba?

'Rumah Harga RM500K, Tapi Kualiti Macam Apa?'

Selain dari keadaan tiang pagar rumah yang terjejas, bahagian tangga, tandas,bilik mandi, sistem aliran paip balkoni dan pelbagai lagi masalah turut timbul menyebabkan pengadu kecewa dengan tindakan pemaju yang tidak bertanggungjawab.

Posting daripada Taufeeq juga sehingga kini mendapat lebih daripada 5,000 perkongsian di Facebook dan netizen menasihatkan mangsa untuk mengambil tindakan undang-undang.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati bila mahu membeli rumah. Pastikan anda menyemak latar belakang pemaju sebelum membuat keputusan untuk melabur ratusan ribu ringgit.

Banyakkan bertanya dan baca tips membeli hartanah di media sosial bagi mengelak diri menjadi mangsa penipuan pemaju yang hanya mementingkan keuntungan.

Kami juga ingin mengaskan bahawa artikel ini tidak berniat ingin menjatuhkan mana-mana pihak namun hanya sekadar berkongsi aduan daripada pengadu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pemajuRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd