• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RHB Buka 2 Cawangan Baharu Di Kemboja

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – RHB Indochina Bank Ltd, anggota RHB Banking Group, secara rasminya membuka dua cawangan baharu di Kemboja hari ini.

Cawangan Mao Tse Tung dan Boeung Keng menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan runcit dan komersial kepada pelanggan.

Ia meliputi transaksi di kaunter seperti akaun semasa, akaun simpanan, deposit tetap, kiriman wang, tukaran mata wang asing, perkhidmatan pemindahan wang, pembiayaan perdagangan dan kemudahan pinjaman, kata RHB dalam satu kenyataan.

“Cawangan berkenaan turut dilengkapi perkhidmatan ATM 24 jam untuk deposit tunai, pengeluaran tunai, deposit cek dan pengeluaran wang pelbagai mata wang,” katanya.

Dua cawangan baharu itu merupakan cawangan ke-10 dan 11 RHB Indochina Bank di Kemboja dalam tempoh lapan tahun, menjadikan tujuh cawangan di Phnom Penh dan empat di wilayah berkenaan.

Aset RHB Indochina Bank tumbuh 62 peratus pada 2015 dan telah berkembang pada purata 50 peratus setiap tahun sejak penubuhannya.

RHB memulakan operasi di Kemboja pada 2008. – BERNAMA

Tags: KembojaRHB bank
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita mendakwa  asal Kamboja merayu bantuan Indonesia bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd