• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Range Rover ‘Second Hand’ Putera William Gagal Dijual

oleh AK-47
11/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERETA mewah milik pemangku takhta DiRaja Britain, Putera William gagal terjual dalam satu pembidaan khas bagi tujuan amal, lapor Emirates 24/7.

Range Rover SE Vogue 4.4 V8 milik William yang berharga £71,295 (RM370,183.83) bagi model baru itu gagal untuk mencapai harga tempahan bernilai £75,000 (RM389,357.97) apabila kereta itu cuma menerima bidaan tertinggi berjumlah £49,970 (RM259,416.23).

Nathaniel Comer daripada badan amal Dunia Ketiga bernama Sunscreen IT, telah membeli kenderaan pacuan empat roda mewah tersebut pada April lalu dan berniat untuk menjualnya bagi mengumpulkan wang untuk didermakan kepada pertubuhan amal itu.

Kereta itu pertama kali mencuri perhatian ramai apabila William dilihat memandu Range Rover itu ke Hospital St. Mary di London untuk membawa pulang isterinya Kate Middleton yang baru sahaja melahirkan anak sulung mereka, Putera George, pada 22 Julai 2013.

Range Rover 'Second Hand' Putera William Gagal Dijual
Keluarga bahagia: Putera William bersama isterinya, Kate Middleton serta dua anak mereka, Putera George dan Puteri Charlotte.

Pada masa itu, Ketua Editor Auto Trader, Jon Quirk, mengatakan: “Range Rover sejak sekian lama telah dianggap sebagai kenderaan mewah terunggul dan cirinya yang lasak menjadikan kenderaan ini pilihan yang tempat bagi keluarga DiRaja ini.

“Bagaimanapun, dengan dua orang anak dan reputasi DiRaja yang perlu dijaga, mungkin kini Putera William sudah boleh beralih kepada Bentley Bentayga sebagai kenderaan keluarganya – satu jenama yang juga amat diperkenan oleh nendanya.”

Wang hasil penjualan kereta itu turut akan disumbangkan kepada badan amal kesihatan mental, Stand Down.

Kenderaan elit pacuan empat roda itu didatangkan dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dan ciri-ciri istimewa lain seperti kawalan stabiliti dan pembantu brek kecemasan.

William dikatakan mempunyai koleksi kereta mewah yang besar termasuklah sebuah Bentley Flying Spur, Audi R8 adan Jaguar XJ.

Range Rover itu telah dihadiahkan kepada William dan Kate oleh jabatan VIP pembuat kereta tersebut. - MYNEWSHUB.CC

Tags: putera williamrange rover
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

William, Kate Beri Penghormatan Kepada Vichai

29/11/2018
0

LONDON - Putera William dan isterinya, Kate, mengunjungi Stadium King Power di Leicester semalam untuk memberi penghormatan kepada mendiang Vichai...

“England Usah Malu” – Putera William

12/07/2018
0

BANGGA... Putera William berkata, beliau berbangga dengan pasukan England kerana mereka telah "mencipta sejarah" pada Piala Dunia 2018 di Rusia....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd