• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Persona Versi Baharu Dilancarkan

oleh
01/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA, model terbaharu Proton Persona dilancarkan secara rasmi secara serentak di seluruh negara pada Selasa selepas Proton Holdings Berhad melancarkan Perdana versi baharu generasi keempat baru-baru ini.

Persona tersebut malah didatangkan dengan tiga model terpilih termasuk Standard, Executive dan Premium – yang semuanya dijana oleh enjin berkuasa 1.6 liter DOHC empat silinder VVT petrol.

Lebih menarik, semuanya mempunyai standard keselamatan lima bintang ASEAN NCAP kerana dilengkapi enam beg udara bagi spesifikasi tertinggi iaitu Premium dan dua beg udara bagi varian lain

Ia turut didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Antikunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Struktur badannya lebih kuat bagi meningkatkan keselamatan penumpang apabila menggunakan inovasi terkini teknologi Hot Press Forming. Model serba baharu ini ialah generasi kedua keluarga Persona yang mula diperkenalkan pada 2007.

Enam pilihan warna juga ditawarkan kepada bakal pembeli Persona iaitu Midnight Black, Sterling Silver, Cotton White, Graphite Grey, Fire Red dan warna baharu di pasaran, Carnelian Brown.

Proton Persona Versi Baharu Dilancarkan

Proton Persona Versi Baharu Dilancarkan

Proton Persona Versi Baharu Dilancarkan

Tahap penggunaan bahan api mencatatkan purata 5.6 liter bagi 100 kilometer, selain kedapan bunyi dipertingkatkan untuk memberi suasana ketenangan ketika memandu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali sebelum ini dilaporkan berkata pengeluar kereta nasional itu menawarkan perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang meliputi alat ganti dan perkhidmatan buruh.

Ia sebagai tawaran pengenalan untuk tempahan yang dibuat sehingga 30 September 2016 dan langkah unik tersebut bertujuan menjadikan pelancaran model baharu itu lebih diingati seiring dengan bulan Kemerdekaan Malaysia.

Berikut adalah harga yang ditawarkan termasuk insurans:

1.6 Standard 5MT – RM46,350 (solid), RM46,800 (metalik).
1.6 Standard CVT – RM49,350 (solid), RM49,800 (metalik).
1.6 Executive CVT – RM55,350 (solid), RM55,800 (metalik).
1.6 Premium CVT – RM59,350 (solid), RM59,800 (metalik), bodykit tambahan RM1,000.

- Mynewshub.cc/HAA

Tags: PersonaProton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd