• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pribumi Terpaksa ‘Copek’ Kerusi PAS Dan PKR

oleh AK-47
22/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) mengumumkan parti baharu itu perlu ‘mengambil’ kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh PAS dan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu bergantung kepada keputusan rundingan.

“Ini adalah berdasarkan rundingan dengan mereka. Kita ada maklumat dan data-data yang diperincikan tentang mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai.

“Mungkin sebahagian kerusi telah diperuntukkan untuk PAS dan PKR namun jika mereka faham, matlamat kami adalah untuk bekerjasama,” katanya dalam sidang media di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini, hari ini.

Ahli Parliman Pagoh itu menambah, Pribumi akan secara terbuka berunding dengan PAS walaupun parti pembangkang lain seperti DAP dan PAN mempunyai perselisihan dengan pasti Islam itu.

Baca: Hasrat Pribumi, Perkasa ‘Rampas’ Parti Berjasa Gagal

Lagi: Sejak Bila Pembangkang Mahu Muhyiddin Jadi Ketua?

Juga: Parti Aje Baharu Tapi Ahli, Logo Pun Bercelaru!

Pribumi Terpaksa 'Copek' Kerusi PAS Dan PKR

“Kita akan berbincang dengan semua pihak tanpa mengecualikan PAS.

“Kita mahu membentuk sebuah pakatan pembangkang yang bersama-sama membentuk kerajaan di masa hadapan, jadi kita mahu persefahaman antara semua,” kata Muhyiddin.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga tidak mengenepikan kemungkinan beliau akan bertanding di Pekan, sekaligus mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan umum akan datang.

“Sama ada Pribumi atau mana-mana parti yang bekerjasama dengan kita, ianya pasti,” katanya sambil memberi senyuman.

Ditanya jika Pribumi ingin merebut kerusi di kawasan bandar Muhyiddin berkata, “Kita mempunyai strategi dan taktikal sendiri dalam agenda pertama Pribumi.”

Ini merupakan sidang media pertama parti itu sejak permohonan daftar parti kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 9 Ogos lalu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama barisan penaja Pribumi yang lain.

Ia juga merupakan kemunculan pertama Tun Dr. Mahathir di khalayak ramai selepas keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani rawatan jangkitan paru-paru minggu lalu.

Namun persoalan terbesar di sini ialah bagaimana Muhyiddin boleh ‘kowtim’ untuk mengambil alih sebilangan kerusi PKR pada PRU-14 dan juga sejak bilakah parti Pribumi menjadi ahli blok Gagasan Sejahtera apabila Muhyiddin boleh ‘kowtim’ ambil alih sebilangan kerusi PAS?

Ini seakan-akan memberi ‘hint’ seoalah-olah Pribumi takut mengambil alih kerusi yang ditandingi PAS atau PAN untuk PRU akan datang.

Jelas di sini, Muhyiddin cuba membuat lawak konon Pribumi sudah menjadi ahli Pakatan Harapan dan pada masa menjadi ahli Gagasan Sejahtera.- MYNEWSHUB.CC

Tags: Muhyiddin YassinPribumi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd