• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpaskan ‘Geng Amir’ Samun Kedai Emas Di Dungun

oleh Ahmad Albab
28/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Berpakaian wanita, berjubah dan berpurdah itu antara modus operandi yang digunakan sepasang kembar seiras lelaki berumur 26 tahun bagi melakukan jenayah samun kedai emas di sekitar Dungun sejak minggu lalu.

Kegiatan jenayah pasangan kembar atau lebih dikenali sebagai Geng Amir itu bagaimanapun berjaya ditumpaskan pihak polis selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Teluk Kalong, Kemaman, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata kedua-dua suspek yang berasal dari Cheras ini dipercayai menjadikan kedai emas milik penduduk tempatan sebagai sasaran mereka menjalankan kegiatan berkenaan.

Katanya, pada 20 dan 25 Ogos lalu kedua-dua suspek cuba melakukan samun di dua kedai emas di Dungun sekitar 8 pagi namun tidak berhasil.

“Suspek memakai pakaian seperti wanita dengan berjubah dan berpurdah sebelum mengeluarkan pistol tiruan untuk mengugut mangsa sebelum melarikan diri menggunakan kereta Perodua Viva putih,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Berdasarkan maklumat orang awam, katanya polis berjaya mengesan kereta berkenaan pada kira-kira 4 petang di Bukit Kuang dan berlakunya insiden kejar mengejar yang menyebabkan kereta yang dinaiki suspek terbalik berhampiran persimpangan lampu isyarat Kampung Teluk Kalong.

Katanya, hasil pemeriksaan ke dalam kereta berkenaan pihaknya menemui pelbagai peralatan termasuk tukul besi, jubah, purdah, rambut palsu, pistol tiruan, kuku besi serta pisau yang dipercayai digunakan untuk menyamun.

“Suspek juga menggunakan kad pengenalan palsu yang diperoleh dari negara jiran bagi mengelak identiti mereka dikenali.

Wan Abd Aziz berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan dua beradik ini terlibat dalam hutang along dan melakukan kegiatan ini bagi melunaskan hutang mereka.

“Hasil siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan kedua-dua beradik ini baru pulang dari Australia dan melakukan kegiatan tersebut untuk menjelaskan hutang,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960, Seksyen 393 Kerana Cubaan Samun dan Seksyen 25 (1)(e) peraturan pendaftaran negara 1990 kerana kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu. – BERNAMA

Tags: kedai emaskes samun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Veteran UMNO Dakwa Mufti Perlis Penggerak Wahabi

Next Post

Pegawai Kanan GLC Dibebaskan Dengan Jaminan RM300,000

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Next Post

Pegawai Kanan GLC Dibebaskan Dengan Jaminan RM300,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd