• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perak Siasat Pencabulan Seksual Di Maahad Tahfiz

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz di sini yang dimiliki seorang penceramah bebas terkemuka.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.

“Memang ada laporan dibuat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan dan akan melengkapkannya secepat mungkin.

“Dalam hal ini kita kena berhati-hati dan teliti serta menjaga semua aspek,” katanya kepada pemberita pada majlis Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia Negeri Perak.

Abdul Rahim diminta mengulas mengenai viral menerusi WhatsApp baru-baru ini mengenai beberapa pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain berlaku seks luar tabii.

Menurut Abdul Rahim, kes tersebut di siasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata pihaknya telah membuat lawatan ke mahaad tahfiz berkenaan beberapa hari lalu.

“Dalam lawatan itu, pegawai JAIPk telah menemuramah beberapa pelajar,” katanya.

Menurut Mohd Yusop walaupun berdaftar dengan JAIPk, segala urusan pentadbiran termasuk pengambilan pelajar dikendalikan sepenuhnya oleh maahad tahfiz berkenaan kerana ia merupakan institusi swasta. – BERNAMA

Tags: kes cabulMaahad Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd