• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pokemon Go Mungkin Muncul Di Malaysia Tidak Lama Lagi

oleh Ahmad Albab
01/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Terdapat tanda-tanda yang kuat bahawa Pokemon Go akan muncul buat kali pertama di Malaysia tidak lama lagi.

Pengguna internet telah menemui sebuah laman web tersembunyi dari sebuah laman web syarikat pembekal perkhidmatan komunikasi prabayar mudah alih, yang mengumumkan bahawa terdapat tawaran promosi disediakan untuk ‘Pokemon trainer’ (pelatih Pokemon).

Dokumen bocor itu, menyebut bahawa pembekal itu telah menjalinkan kerjasama dengan aplikasi mudah alih perjalanan, Grab, dan menyatakan bahawa jenama prabayar mudah alih itu akan menawarkan perjalanan percuma untuk PokeStop paling dekat dari pukul 10 pagi dan 7 malam pada Selasa (2 Ogos) dan Rabu.

PokeStops adalah lokasi di mana pelatih Pokemon boleh menambah peranti Pokeballs yang digunakan untuk menangkap Pokemon.

20 pelatih pertama juga akan mendapat PokeCoins bernilai AS$100 (S$540) yang merupakan mata wang dalam permainan ini.

Pelatih adalah pemain yang menangkap dan melatih Pokemon untuk pertempuran dalam permainan.

Jurucakap sebuah syarikat telekomunikasi mengesahkan bahawa syarikat itu akan bekerjasama dengan Grab untuk promosi Pokemon Go.

Beliau berkata promosi itu turut melibatkan PokeCoins tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut. Promosi ini dijangka akan dilancarkan pada Isnin di Tavern13, sebuah restoran di Petaling Jaya.

Tetapi bukan itu yang membuatkan semua peminat Pokemon teruja.

Malaysia, yang sebelum ini ketinggalan dalam kegilaan permainan Pokemon Go semasa pengumuman rekaan pelayan di lapan buah negara di Asia, akhirnya akan mendapat pelayannya sendiri tidak lama lagi.

Ia telah didedahkan oleh sebuah laman web yang menjaga tab status-status pelayan permainan dalam talian secara besar-besaran, www.mmoserverstatus.com.

Malah, ada juga yang menyedari bahawa pelayan Malaysia ini dapat dilayari pada pagi Sabtu lalu untuk masa yang singkat sebelum ia ditutup kemudian. Ia dipercayai dibuka untuk tujuan ujian.

Pokemon Go telah mencetuskan fenomena sejak dilancarkan pada 6 Julai dengan pelayan terpaksa memenuhi jumlah yang tinggi daripada pengguna.

Permainan ini memerlukan pemain keluar dari rumah dan ‘menangkap’ Pokemon melalui lokasi-geo pada telefon pintar mereka.

Pokemon Go pertama kali dilancarkan di Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan Britain.

Tetapi, Jepun, negara asal di mana syarikat permainan Nintendo memulakan francais makhluk mitos 20 tahun lalu, terpaksa menunggu 12 hari selepas pelancarannya untuk menerima permainan ini.

Game Freak, pemaju utama Pokemon dan Niantic, yang juga rakan kongsinya dalam membangunkan permainan mudah alih baharu itu kemudian memohon maaf kepada masyarakt awam Jepun di atas kelewatan itu. – mStar Online

Tags: MalaysiaPokemon Go
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd