• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pokemon Go Makin Kurang Popular Lepas Sebulan

oleh
26/08/2016
dalam Gajet, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Apabila mula dilancarkan pada 6 Julai lalu, populariti permainan peranti Pokemon Go naik mendadak di seluruh dunia, sehingga mengatasi Tinder malah memintas Twitter hanya dalam masa beberapa hari sahaja.

Buat seketika, pemainan ‘berhantu’ Pokemon Go kelihatan seperti akan menakluki seantero dunia dengan popularitinya sejak pertama kali ia dilancarkan bulan lepas. Bagaimanapun, demam kegilaan dan ketagihan terhadap permainan itu tanpa disedari kini semakin merosot.

Menurut kajian dijalankan firma Axiom Capital Management, sekitar 15 juta pemain aktif sudahpun ‘hilang’ daripada permainan tersebut sejak bulan lalu, penurunannya termasuk dari segi muat turun, pengguna aktif dan waktu yang dihabiskan untuk bermain setiap hari.

Berdasarkan pemantauan menerusi tinjauan Sensor Tower, SurveyMonkey dan Apptopia, jumlah paling tinggi pemain aktif direkodkan ialah sekitar 18 Julai, apabila ia mencatat kira-kira 45 juta pemain, lapor laman teknologi maklumat antarabangsa terkenal, Digital Trends.

Sebagai perbandingan, pada bulan Ogos, jumlah pengguna aktif hariannya berkurangan drastik apabila tinggal sekitar 30 juta sahaja. Ini lebih-lebih lagi setelah syarikat yang mengeluarkan permainan itu, Niantic, memperkenalkan semula sistem pengesanan pemain.

Namun, penurunan agak banyak itu memang boleh dijangkakan, memandangkan permainan yang boleh popular dengan begitu cepat seperti Pokemon Go, lazimnya bakal kehilangan ramai pengguna tegar dalam tempoh terdekat, lapor laman tersebut lagi.

pokemon-go1

Bloomberg melaporkan data baharu menunjukkan penurunan dalam bilangan pemain di samping kejatuhan ketara dalam masa yang dihabiskan untuk bermain, sekali gus membolehkan banyak syarikat pesaing lain kini boleh tersenyum dan menarik ‘nafas lega.’

Meskipun ia menggambarkan khabar tidak begitu menggembirakan bagi pihak Pokemon Go, ia mungkin melegakan pentadbir Facebook, Instagram, Tinder, Twitter, Snapchat dan aplikasi lain yang sebelum ini agak terancam dengan populariti mendadak Pokemon Go.

Data tinjauan menunjukkan pemain yang bermain Pokemon Go menurun pada awal Ogos, jatuh daripada 100 peratus kepada 40 peratus pada 4 Ogos lalu termasuk dari segi trend memuat turun, bermain dan jumlah masa sanggup dihabiskan untuk aplikasi itu dalam sehari.

Ramai pemain juga berkemungkinan akan berhenti bermain apabila menyedari Pokemon Go memerlukan mereka terpaksa berjalan dan terus berjalan, selain beberapa isu setelah dilancarkan seperti gangguan server, aduan tentang urus niaga mikro dan banyak penipuan.

Juga halangan luaran antaranya larangan tegas pihak berkuasa untuk pemain memasuki kawasan tertentu atas faktor keselamatan, risiko jenayah, bahaya ancaman kemalangan di samping pewartaan hukum bersifat keagamaan dan sekatan capaian oleh penyedia jalur lebar.

Meskipun begitu, Digital Trends menjangkakan bahawa jika Pokemon Go masih lagi dapat mengekalkan beberapa juta jumlah pemain yang aktif, ia sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk terus mengembangkan permainan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Pokemon Go
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Blogger Terkenal Rusia Dijel Main Pokemon Di Gereja

29/04/2017
0

MOSCOW - Pendakwa raya di sebuah mahkamah Rusia meminta hakim memenjarakan seorang penulis blog tempatan selama tiga setengah tahun kerana...

Majikan Pecat Pekerja Leka Bermain Pokemon Go

26/09/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu tinjauan yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) mendapati, enam daripada 150 firma yang ditinjau sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd