• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pokemon Go Dilarang Di Kementerian Pertahanan

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU GAJAH – Permainan maya Pokemon Go dilarang daripada dimain di kawasan Kementerian Pertahanan untuk mengelak sebarang ancaman keselamatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata larangan itu dibuat kerana dibimbangi permainan maya tersebut mungkin merakam aset-aset sensitif pertahanan negara semasa dimainkan.

“Sebab itu saya arahkan bahagian risikan jangan benarkan sekurang-kurangnya di lokasi-lokasi sensitif.

“Kalau guna Google Earth ada kawasan sensitif seperti Empangan Bakun yang tidak boleh dilihat, jadi saya bimbang dengan aplikasi baharu ini ia peralatkan orang ramai khususnya warga kementerian untuk dedahkan lokasi sensitif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Batu Gajah di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata beliau telah meminta panglima ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia supaya mengharamkan permainan itu di kawasan masing-masing yang dianggap sensitif.

“Saya telah menyatakan kepada mereka memang harus diharamkan tetapi keputusan mengharamkan di kawasan berkenaan bergantung kepada pihak yang berkuasa di kawasan-kawasan berkenaan,” katanya.

Semalam, Panglima Tentera Darat Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyarankan anggotanya tidak bermain permainan maya Pokemon Go kerana dibimbangi mempunyai unsur pencerobohan dan ancaman keselamatan.

Beliau berkata permainan tersebut yang menggunakan Sistem Pengesan Kedudukan Global dikhuatiri mampu memberi ancaman terhadap keselamatan kem, peralatan atau anggota sendiri. – BERNAMA

Tags: HishammuddinPokemon Go
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd