• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pokemon Go Dilancarkan Di Singapura, Tapi Terhad…

oleh
06/08/2016
dalam Gajet, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA - Nampaknya, rakyat Singapura dan warga jirannya dari Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk mencuba permainan yang menjadi kegilaan ramai, iaitu Pokemon Go.

Agensi berita tempatan MediaCorp melaporkan, Pokemon Go kini sudah dilancarkan di Singapura awal 6 Ogos. Mulai pagi ini, aplikasi mudah alih itu sudah boleh dimuat turun dari Apple Store dan Google Play Store.

Perkara tersebut turut disahkan menerusi pengumuman yang dibuat melalui laman Facebook rasmi permainan peranti pintar tersebut iaitu lebih seminggu setelah Pokemon Go berada di negara tetangganya, Indonesia.

Permainan berkenaan pertama kali mula dilancarkan di New Zealand dan Australia ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 6 Julai lalu, sebelum disediakan pula di Amerika Syarikat (AS) beberapa jam kemudian.

Di Asia pula, Pokemon Go dilancarkan terlebih dahulu di Jepun – tempat di mana kartun Pokemon dilahirkan – pada 22 Julai. Ini disusuli oleh Hong Kong, yang boleh memuat turun aplikasi tersebut pada 25 Julai.

Permainan itu, yang menghidupkan watak-watak dalam kartun sensasi Pokemon berusia 20 tahun ke alam nyata, membolehkan para pemain berada di jalan-jalan raya sambil mencuba untuk menangkap Pokemon maya.

Pokemon Go Dilancarkan Di Singapura, Tapi Terhad...

Raksasa itu dapat dilihat pada skrin telefon bijak mereka dan pemain perlu ‘memburu’ untuk mendapatkan markah sehingga menjadi kegilaan ramai dan mencetuskan kontroversi apabila pemain menceroboh kawasan larangan.

Selain Singapura, pengendali permainan menjangkakan Pokemon Go dapat dilancarkan sepanjang Ogos ini di seluruh India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, China, Korea Selatan, Malaysia, Vietnam, Taiwan dan Filipina.

Meskipun Pokemon pertama kali muncul di jalan-jalan raya di Singapura pada 6 Julai, namun aksesnya kemudian dihadkan hanya untuk para pemain yang berasal dari New Zealand dan Australia beberapa jam kemudian.

Ini mengakibatkan ramai yang ghairah menantikan permainan itu kecewa apabila sistem ‘server’ atau pelayannya gagal menampung jumlah pemain yang terlalu ramai memuat turun aplikasi berkenaan secara serentak hari ini.

Permainan realiti tersebut juga mencetuskan kebimbangan dari sudut privasi setelah versi awalnya memerlukan pemain perlu menyerahkan sepenuhnya akaun peribadi Google mereka kepada pihak Pokemon Go.

Ramai netizen tempatan juga berharap agar Pokemon Go dapat berada di republik pulau kecil tersebut menjelang sambutan perayaan Hari Kebangsaan Singapura ke-51 pada 9 Ogos depan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Pokemon GoSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akhirnya, Pokemon Go Sudah Tiba Di Malaysia

Next Post

Rasulullah Bijak Buat Keputusan – Sindir PAN

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Rasulullah Bijak Buat Keputusan - Sindir PAN

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd