• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pokemon Go Boleh Datangkan Ancaman Jika Pengguna Obses

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Gajet, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kegilaan masyarakat global terhadap permainan baharu telefon pintar dalam talian Pokemon Go mungkin mendatangkan kemudaratan serta ancaman jika ia tidak diawasi dan pengguna menjadi obses.

Pengarah Onemyr Awareness Management Mohd Ridzman Azzahari berkata masyarakat harus dilengkapi dengan ilmu mengenai kaedah terbaik untuk bermain permainan ini dan tidak menyalahgunakan WiFi awam untuk kegunaan peribadi termasuk bermain Pokemon Go, terutamanya di pejabat kerajaan.

“Perlu ada satu garis panduan yang menetapkan kawasan larangan untuk bermain permainan ini seperti dilakukan negara jiran. Adakan larangan bermain di pejabat pentadbiran kerajaan atau kawasan pasukan keselamatan.

“Selanjutnya, jalankan kajian mengenai tahap obses pengguna dan masalah yang mungkin timbul disebabkan permainan ini.

“Dengan cara ini, kita akan mempunyai kawalan yang lebih berkesan terhadap permainan ini. Kita tak boleh jadikan negara lain sebagai contoh untuk kita terus menghukum dengan mengharamkan permainan ini,” katanya kepada Bernama.

Mengulas mengenai ancaman permainan ini kepada keselamatan negara, Mohd Ridzman yang juga Perunding Teknologi Maklumat tidak menolak kemungkinan ia akan memberi kesan sekiranya pengguna menggunakan WiFi pejabat pentadbiran kerajaan dan pasukan keselamatan.

“Aplikasi permainan seperti Pokemon Go ini memerlukan capaian Internet dan sudah tentu pekerja akan menggunakan WiFi di premis untuk bermain.

“IP (Internet Protokol) address WiFi di premis berkenaan akan terdedah jika digunakan untuk bermain permainan ini dan memudahkan penggodam untuk mendapatkan maklumat penting kerajaan untuk pelbagai tujuan.

“Paling penting di sini ialah jangan salah gunakan WiFi pejabat untuk apa sahaja tujuan peribadi, bukan hanya bermain Pokemon Go semata-mata. Perlu ada pemantauan pihak berwajib dalam aspek ini,” katanya.

Beliau berkata terdapat kemungkinan maklumat akan dijual dan dijadikan berita sensasi untuk kepentingan individu tertentu.

“Sudah tentu akan ada pihak yang mungkin cuba ‘menangguk di air yang keruh’ disebabkan populariti Pokemon Go dan kita perlu adakan pengawasan sebelum ia menjadi lebih buruk,” katanya.

Pada 25 Julai lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata Malaysia tidak membantah atau menghalang kemasukan aplikasi permainan, Pokemon Go ke negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata aplikasi permainan maya itu akan dihalang penggunaannya jika didapati mempunyai unsur perjudian dan pengintipan yang mengancam keselamatan negara.

Sementara itu, jurucakap CyberSecurity Malaysia yang enggan namanya didedah menyarankan pengguna melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan serta tatacara penggunaan Internet dan aplikasinya secara positif.

“Pengguna harus beretika dan berhemah demi memastikan keselamatan diri dan juga maklumat yang disimpan di dalam peranti digital mereka,” katanya.

Aplikasi yang direka oleh syarikat Niantic Incorporation daripada Nintendo Amerika Syarikat (AS) mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 75 juta orang memuat turun aplikasi permainan itu di Play Store dan App Store.

Pokemon Go yang mencetuskan kontroversi itu mula boleh dimuat turun di Malaysia pada Sabtu lepas. – BERNAMA

Tags: penggunaPokemon Go
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

X Belum Mohon Lesen Pengendali Media Sosial Sebab Pengguna Tak Capai 8 Juta

01/01/2025
0

PUTRAJAYA: Empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama telah mengorak langkah ke arah pematuhan kawal selia dengan memohon...

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

‘Pengguna Bijak Terpedaya Tidak’

11/09/2022
0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyatakan `pengguna bijak terpedaya tidak'. Sebaris ayat yang amat tepat dan berpatutan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd