• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbarisan Hari Kebangsaan Pikat Hati Pelajar Asing

oleh Ahmad Albab
31/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbarisan Hari Kebangsaan hari ini bukan sahaja menarik kehadiran beribu-ribu rakyat tempatan, malah turut menarik perhatian pelajar asing.

Bagi pelajar luar negara yang menyertai program pertukaran pelajar di Universiti Malaya (UM) di sini iaitu Susanna Batchelder, 21, dari Sydney, Australia; Libertad Abril Gallegos Gallardo, 21, dan Sheila Lucia Rodriguez, 22, dari Mexico; dan Mitsumi Shinke, 21, dari Osaka, Jepun, peluang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2016 merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya dilepaskan.

“Sebenarnya, kami mendapat tahu tentang perbarisan ini daripada pemandu Uber yang kami naiki semalam. Dia memberitahu kami bahawa setiap tahun, Malaysia mengadakan perbarisan Hari Kebangsaan, yang kebetulan adalah hari ini,” kata Susanna kepada Bernama ketika menayaksikan upacara itu di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Rodriguez mencelah dengan berkata oleh kerana hari ini cuti umum, mereka merancang untuk tiba di Dataran Merdeka pada 8 pagi bagi mengelak kesesakan.

“Saya rasa perbarisan ini berjalan dengan tersusun dan menarik serta jauh bezanya dengan apa yang ada di tempat kami,” kata Gallardo apabila ditanya pandangannya tentang acara itu.

Kata pelajar itu, kepelbagaian yang wujud di Malaysia seperti yang dapat dilihat dengan jelas semasa perbarisan itu, amat jauh berbeza dengan yang terdapat di Mexico.

Menurut Mitsume, sepanjang berada selama enam bulan di Malaysia untuk mengikuti program itu, mereka berharap dapat menyertai pelbagai aktiviti setempat seperti menyaksikan persembahan tarian tradisional di Istana Budaya di sini.

Kira-kira 14,500 orang menjayakan perbarisan itu, termasuk anggota kontinjen daripada sektor awam dan swasta serta negeri, di samping anggota pasukan keselamatan dan pelajar.

Hadirin bersorak riang apabila peserta berarak, menari dan menyanyi mengikut muzik yang dimainkan 20 pasukan pancaragam dan mereka amat terpesona menyaksikan pertunjukan udara, termasuk terbang hormat oleh 12 jet pejuang.

Perbarisan yang disertai 26 kontinjen itu berlangsung selama kira-kira dua jam. – BERNAMA

Tags: kemerdekaanmerdeka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

08/08/2025
0

CYBERJAYA - Malaysia kekal menyokong sepenuhnya pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat, kata Menteri Luar Datuk Seri...

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

31/08/2024
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semangat jiwa merdeka dan perpaduan yang ditonjolkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd