• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut Gila Nak Mewah Jual Ganja

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Jual dadah ganja untuk tampung hidup mewah. Itu dilakukan penuntut tempatan yang dikesan bekerjasama dengan penuntut warga asing untuk menjalankan perniagaan haram itu.

Taktik itu dikesan susulan penahanan tiga lelaki termasuk seorang warga tempatan bersama empat ketulan mampat ganja bernilai RM12,000, petang Khamis lalu.

Mereka dicekup sepasukan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya ketika mahu jual beli ganja di Jalan 14/8E, SS14, di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, suspek ditahan ketika memberhentikan kenderaan di kawasan itu sebelum salah seorang daripada mereka membuka but kereta.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek adalah lelaki Bangladesh berusia 21 tahun, Pakistan (23 tahun) dan seorang warga tempatan (22 tahun).

“Pemeriksaan dilakukan di dalam bonet kenderaan menemui satu beg merah dan terdapat empat ketulan mampat dadah seberat lebih 4 kilogram,” katanya.

Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah kondominium di Jalan SS12/1 Wangsa Baiduri, di sini, jam 11.30 malam hari sama dan menahan empat lelaki warga Senegal serta merampas 24 gram dadah disyaki ganja,” katanya.

Siasatan mendapati tujuh suspek berusia 21 hingga 25 tahun ditahan itu adalah penuntut kolej swasta di sekitar Lembah Klang.

Katanya, hasil saringan air kencing juga mendapati semua suspek positif ganja.

“Mereka direman selama tujuh hari sehingga 11 Ogos ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) akta sama,” katanya. – myMetro Online

Tags: ganjaPelajar Universiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Wanita Mengamuk Guna Pisau Serang Orang Di Kajang Disahkan Pelajar Universiti Awam, Dakwa Hidup Tertekan

Wanita Mengamuk Guna Pisau Serang Orang Di Kajang Disahkan Pelajar Universiti Awam, Dakwa Hidup Tertekan

14/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan wanita warga asing yang ditahan susulan insiden mengamuk hingga mencederakan enam individu di Kajang semalam adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd