• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Bidas Pengurusan TNB

oleh Ahmad Albab
29/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Sejak sistem pengebilan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang baru diperkenalkan, pelbagai masalah telah timbul,” kata Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin.

Menurut beliau, banyak rungutan berkaitan bil elektrik meningkat terlalu tinggi dikemukakan orang ramai di media sosial sejak sistem itu dilaksanakan.

Jelasnya, penukaran sistem pengebilan itu mewujudkan satu ‘billing cycle’ yang lama sekali gus akan meningkatkan bil elektrik pengguna.

“Sama ada sengaja atau tidak, saya gesa TNB yang memonopoli sektor ini untuk peka dan mengambil kira perkara ini.

“Jika pengguna tidak dipeduli oleh TNB, saya gesa kita buka sahaja industri ini kepada pembekal perkhidmatan yang lain agar kita selaku pengguna dapat merasai perkhidmatan yang lebih berkualiti,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rahman berkata, Pemuda UMNO turut mempersoalkan sistem berkenaan kerana tidak membenarkan pelanggan yang terlebih bayar menuntut kembali wang mereka.

Justeru, katanya, Pemuda UMNO mengingatkan TNB supaya tidak menganggap pengguna cuma sebagai komoditi atau nombor yang dikira apabila berbincang mengenai keuntungan.

“Selaku syarikat pembekal tenaga eletrik yang tunggal di negara ini, saya mengharapkan bahawa perkhidmatan yang diberikan bertaraf lima bintang.

“Namun hari ini, kita semua dapat lihat bagaimana ‘cemerlangnya’ mutu perkhidmatan TNB . Bukan hendak menghentam keromo, selaku syarikat yang memonopoli perkhidmatan bekalan elektrik negara ini, TNB harus lebih peka,” katanya.

Justeru, kata Rahman, Pemuda UMNO mendesak TNB menyelesaikan permasalahan yang timbul itu supaya orang ramai tidak terus berada dalam kekeliruan serta mencari jalan untuk mengembalikan wang yang terlebih bayar.

“Jangan dibuat tak tahu sahaja. Mungkin RM50 tidak bermakna kepada tuan-tuan di pengurusan TNB tetapi ia amat bermakna bagi kami di bawah sini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan TNB sepatutnya lebih arif dan maklum tentang keperluan membuat notis lebih awal dan kempen berhubung sistem pengebilan tersebut.

“Kami punya jiwa dan perasaan. Kami ada kehidupan yang perlu diteruskan. Ketika mengumumkan kenaikan tarif boleh buat liputan akhbar dan sebagainya, kenapa tidak kali ini?” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Pemuda UMNOTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd