• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelanggan Pusat Hiburan Maut Dihempap Runtuhan

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang pelanggan lelaki sebuah pusat hiburan keluarga di Jalan New Ferry, di sini maut selepas bumbung di situ yang dalam pembinaan runtuh dan menghempapnya, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Khalil Abdul Rahim berkata mangsa, Rasidi Rashid, 55, maut di tempat kejadian kerana cedera parah selepas dihempap bumbung dalam insiden kira-kira pukul 7.20 pagi itu.

Katanya bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.22 pagi dan jentera pertama bersama enam anggota dari BBP Butterworth tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 minit kemudian.

“Sebaik tiba kami dapati bumbung pusat hiburan keluarga yang dalam pembinaan itu telah runtuh dan menghempap seorang lelaki yang dipercayai pelanggan di situ,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kerja mengalihkan runtuhan bumbung itu dijalankan pihaknya bagi menyelamatkan mangsa tetapi lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Khalil berkata semasa kejadian dipercayai terdapat seorang lagi pelanggan lelaki di situ tetapi dia sempat menyelamatkan diri.

“Operasi yang disertai tiga jentera bersama 11 pegawai dan anggota bomba itu ditamatkan pada pukul 8.50 pagi selepas memastikan kawasan runtuhan berkenaan selamat dan tiada sebarang unsur bahaya lain di situ,” katanya.

Difahamkan pusat hiburan keluarga itu beroperasi seperti biasa walaupaun bahagian bumbungnya dalam pembinaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan katanya mayat mangsa di hantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Tags: Runtuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda PAS Lapor Polis Terhadap Sarawak Report

Next Post

Tragis… Katering Tak Muncul Di Hari Perkahwinan

Related Posts

JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

JPS Mulakan Kerja Baik Pulih Runtuhan Tebing Sungai Kelantan Hari Ini

23/12/2024
0

KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memulakan kerja darurat di tebing Sungai Kelantan yang runtuh berhampiran sebuah kondominium dan...

Sekurang-kurang 2 Maut, Lebih 50 Terperangkap Lombong Arang Batu Runtuh

Sekurang-kurang 2 Maut, Lebih 50 Terperangkap Lombong Arang Batu Runtuh

22/02/2023
0

BEIJING: Sekurang-kurang dua maut dan lebih 50 mangsa lagi dilaporkan terperangkap apabila sebuah lombong arang batu runtuh di wilayah Mongolia...

Next Post

Tragis... Katering Tak Muncul Di Hari Perkahwinan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd