• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tolak Kerjasama Yang Menjejaskan Islam – Nik Abduh

oleh Ahmad Albab
06/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS menjawab persoalan segelintir pihak mengapa PAS sanggup berkorban apa sahaja demi Islam walaupun dilihat secara zahir akan merugikan politik parti itu.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia kerana PAS berpegang kepada politik Islam yang menumpukan kepada dasar dan matlamat Islam adalah menyeluruh dan tidak boleh dipisah-pisahkan kepada juzuk-juzuk yang terpisah.

“Sekuat mana dasar dan prinsip dijaga, ia mestilah bergerak menuju matlamat. Sekuat mana kesungguhan dan azam mengejar matlamat, ia mestilah tidak berpisah daripada dasar perjuangan.

“Wasilah atau cara mana menuju matlamat, walaupun bebas digunakan dan dikenderai, ia juga mestilah mendapat ‘endorsment’ daripada agama terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Nik Mohamad Abduh memberi contoh, walaupun matlamat adalah menunaikan kefarduan haji, tetapi ia tidak boleh melalui harta yang haram atau sehingga menzalimi orang lain seperti anak isteri.

Justeru, katanya, walaupun kemenangan boleh dicapai PAS, tetapi jika melanggar dasar atau cara yang dibenarkan oleh Islam, matlamat daripada memegang kuasa dan pemerintahan akan berhadapan kegagalan dan kerugian juga nanti.

“Malangnya, manusia hari ini termasuk umat Islam sering melintasi garis melepasi Allah dan Rasul-Nya. Mereka lupa bahawa Allah-lah sumber kebahagiaan manusia.

“Dalam kelalaian itulah, PAS terus teguh dengan prinsip politik Islam,” katanya.

Beliau dipercayai berkata demikian bagi menjawab celaan penyokong Pakatan Harapan ke atas PAS yang dilabelkan sebagai parti bodoh kerana menolak kerjasama dengan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

PKR sebelum ini mempelawa PAS untuk kembali bekerjasama dengan pakatan pembangkang yang kini dikenali sebagai Pakatan Harapan berikutan kekalahan teruk pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil (PRK) kepada Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

PAS bagaimanapun menetapkan syarat parti itu boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak tetapi tanpa mengabaikan pendirian PAS bahawa negara ini mesti ditadbir dan diperintah oleh Islam.

Kenyataan PAS itu dikecam teruk penyokong Pakatan Harapan yang kemudian menggelar parti itu sebagai lebai bodoh kerana tidak berazam untuk mendapatkan kuasa memerintah Malaysia.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang pada tahun lalu kerana enggan tunduk kepada desakan DAP dan PKR dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas DAP dan PKR. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nik AbduhPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd